/Big Hit Ent. dipercayai dalam cubaan untuk membeli CUBE Ent. yang menampilkan Btob & (G)I-dle

Big Hit Ent. dipercayai dalam cubaan untuk membeli CUBE Ent. yang menampilkan Btob & (G)I-dle

Seperti dilakukan oleh Big Hit Entertainment ke atas syarikat agensi Source Music, khabar angin bertebaran pula mengatakan Big Hit Entertainment dalam cubaan untuk membeli Cube Entertainment yang menampilkan beberapa kumpulan kpop popular seperti Btob, (G)I-Dle, CLC dan Pentagon.

Menurut laporan Moneys dan newsen, syarikat gergasi yang menubuhkan BTS dan TXT tersebut, dipercayai sebagai dalang disebalik peningkatan saham Cube Entertainment di dalam pasaran beberapa hari lalu selepas Big Hit dikatakan akan mengambilalih Cube Entertainment. Saham Cube Ent. dilaporkan naik mendadak pada 8 Ogos 11 pagi, sebanyak (25.54%) berbanding hari sebelumnya.

Berdasarkan sumber itu lagi, para pelabur meramalkan Big Hit mahu meluaskan kepelbagaian perniagaan mereka sebagai langkah berjaga-jaga disebabkan setiap satu persatu ahli BTS akan menyertai latihan ketenteraan tak lama lagi bermula dengan Kim Seok Jin sekurang-kurangnya lewat tahun 2020 hadapan. Big Hit kini sudah memiliki kumpulan GFriend yang bernaung di bawah Source Music.

Sumber: moneytodaynewsen

Komentar

comments

loading...