/[Spoiler-Malam Ini] Rowoon cuba halang hubungan Lee Jae Wook dan Kim Hye Yoon menjadi lebih serius

[Spoiler-Malam Ini] Rowoon cuba halang hubungan Lee Jae Wook dan Kim Hye Yoon menjadi lebih serius

Gambar-gambar terbaru dari drama MBC  “Extraordinary You” yang dibintangi oleh Rowoon SF9, Kim Hye Yoon, danLee Jae Wook telah diriliskan! Episode ini telah pun ditayangkan di Korea pada semalam 7hb November. Bagaimanapun, ia akan bersiaran di OhK Ch394 pada 7.50 malam ini

Spoiler

Pada episode sebelumnya, Eun Dan Oh (Kim Hye Yoon) dan Ha Roo (Rowoon) telah membuatkan jantung penonton berdegup kencang serta berdebar-debar apabila keduanya telah mengakui perasaan masing-masing dan mula menjalinkan perhubungan secara rahsia. Bagaimanapun, dapat dirasakan drama ini semakin tegang bilamana Baek Kyung (Lee Jae Wook) juga menyedari bahawa dia juga punya perasaan terhadap  Eun Dan Oh dan menyatakan bahawa dia tidak akan berputus asa untuk mendapatkannya.

sedutan episode sebelumnya

Dalam foto-foto pegun terbaru (still photo), Baek Kyung dilihat telah membuat pengumuman. Setelah itu, dia kemudia memegang tangan Eun Dan Oh dan ingin menyarung cincin dijarinya. Keduanya kelihatan gembira dan lebih menggembirakan apabila Eun Dan Oh menerima cincin tersebut. Namun, disuatu sudut, Ha Roo dilihat begitu terkejut.

Para penonton ingin mengetahui samada gambar-gambar pegun tersebut memberi petunjuk sama ada hubungan Baek Kyung dan Eun Dan Oh akan menjadi lebih istimewa atau apakah Ha Roo dapat menghentikannya dan mengubah plot manhwa (komik Korea) yang mana mereka terperangkap bersama.

Drama  “Extraordinary You” akan bersiaran pada 7.50 malam setiap Khamis dan Jumaat di Oh!K Ch 394.

Sumber : enews

Komentar

comments

loading...