/Heechul Super Junior tak tolak sangkaan netizen bahawa dia tengah tolong bela kucing mendiang Sulli

Heechul Super Junior tak tolak sangkaan netizen bahawa dia tengah tolong bela kucing mendiang Sulli

Heechul Super Junior mengadakan penstriman secara langsung bersama peminatnya semalam di dalam laman Youtube miliknya sempena sambutan 14 tahun Super Junior di dalam industri seni Korea.

Ketika sedang berinteraksi bersama peminatnya, tiba-tiba seekor kucing jenis Sphinx melompat ke atas mejanya. Heechul terus mendakap kucing itu lantas meletakkannya semula di atas lantai.

Kemunculan kucing itu mendatangkan perasaan ingin tahu buat netizen kerana kucing itu seakan-akan mirip dengan kucing belaan mendiang Sulli. Heechul diajukan pertanyaan samada kucing itu milik Sulli, Heechul tidak menafikannya tetapi sebaliknya menjawab, “Ianya rahsia.”

Heechul dan Sulli diketahui pernah berkawan rapat sejak lebih 11 tahun lalu dan mereka juga bernaung di dalam agensi yang sama, SM Entertainment.

Sumber: OSEN

Komentar

comments

loading...