/Park Hee Seok dakwa impiannya hancur berkecai sedari Produce 101 hanyalah dusta semata-mata

Park Hee Seok dakwa impiannya hancur berkecai sedari Produce 101 hanyalah dusta semata-mata

Park Hee Seok, salah seorang pelatih yang bertanding di dalam rancangan realiti tv, Produce 101 musim kedua yang menghasilkan kumpulan Wanna One, meluahkan rasa kecewanya berikutan pengakuan oleh produser rancangan itu, Ahn Joon Young tentang kebenaran wujudnya manipulasi undian.

Dipetik daripada laman instagram miliknya, Park Hee Seok atau nama lainnya, K-Bean berkata, “Aku menonton musim pertama, kedua dan ketiga dengan harapan mahu menyertai program itu sehingga aku sanggup rakam kesemuanya di dalam kem latihan Paju Hallyu sejak musim pertama lagi. Aku tak tau pulak ada yang bersenang-lenang dan tak pernah percaya ada yang berbuat sedemikian.”

Tambahnya lagi, “Aku tak boleh tidur atau berehat bila memikirkannya. Aku telah luangkan masa ketawa, menangis, memerah keringat dengan harapan untuk mencapai impian yang lebih besar.  Aku menjerit dan menangis setiap kali undi dihitung dan pernah ketawa dalam sekelip mata saja. Walaupun kadang-kala aku diberikan kata-kata positif, tapi aku tak mampu membaca celahan mereka yang mempersoalkan kehadiranku di sini.”

Park Hee Seok mengakhirnya dengan berkata, ” Aku bimbang jika apa yang kubaca ini betul, maka kesemua krew Produce 101 ini memang betul-betul jahat. Aku berharap perkara ini tak berulang lagi kepada pelatih-pelatih yang mempunyai harapan besar. “

Park Hee Seok tersingkir di dalam episod ke-5 rancangan itu apabila menduduki tempat ke-86. Park Hee Seok kemudiannya menyertai kumpulan BAIKAL, sebelum kumpulan itu mengumumkan pembubarannya pada Mei 2019.

Sumber: newsen , spottvnews

Komentar

comments

loading...