/Dino Seventeen sakit usus ketika berada di Jepun, terpaksa direhatkan daripada beraksi atas pentas

Dino Seventeen sakit usus ketika berada di Jepun, terpaksa direhatkan daripada beraksi atas pentas

Dino atau nama sebenarnya, Lee Chan terpaksa direhatkan daripada beraksi di atas pentas bersama rakan-rakan Seventeen lain selepas disyaki menghidap tanda-tanda penyakit enteritis (‘radang usus’) tanpa menyertakan punca di sebaliknya.

Label Seventeen, Pledis Entertainment, mengumumkan berita tersebut di laman kelab peminat Carats. “Pada pagi tadi, Dino mengunjungi hospital kerana dikhuatiri menghidapi enteritis. Selepas diperiksa, kami memutuskan untuk merehatkan Dino sehingga kesihatanya beransur-ansur pulih. Oleh itu, Dino tidak dapat menyertai konsert sedunia Seventeen ‘Ode To You in Japan’ yang sepatutnya berlangsung pada 7 November hari ini di Makuhari,” tulis jurucakap agensi itu.

Seventeen sedang aktif mempromosikan album studio. ‘An Ode’ menerusi konsert jelajah di serata dunia termasuklah Malaysia (Dapatkan tiket sementara masih ada!!!). Mereka juga mencipta rekod kumpulan kpop kedua meraih jualan album terbanyak selepas BTS pada tahun 2019 dengan lebih 700,000 unit terjual setakat ini.

Sumber: hankookilbo

Komentar

comments

loading...