/Penerbit Produce X 101 akhirnya ditahan kerana isu memanipulasi undian namun tetap cuba hapuskan bahan bukti

Penerbit Produce X 101 akhirnya ditahan kerana isu memanipulasi undian namun tetap cuba hapuskan bahan bukti

Penerbit program realiti ‘Produce x 101’ Ahn Joon Young dan Kim Yong Bum secara rasminya telah ditahan berkaitan isu memanipulasi undian, Keduanya ditahan setelah menjalani proses siasatan berkaitan.

Awal minggu ini, Mnet mendedahkan bahawa pihak polis telah memohon waran tangkap bagi beberapa ahli kakitangan “Produce X 101”. Pada 4 November, dilaporkan bahawa individu-individu tersebut terdiri daripada pengarah serta penerbit CJ ENM Ahn Joon Young, ketua penerbit Kim Yong Bum, pengarah yang bernama “Lee,” dan naib presiden Starship Entertainment “Kim.” Polis juga memohon agar mereka ini dikenakan sekatan larangan perjalanan.

Pada 5 November, Mahkamah Daerah Seoul Tengah mengadakan sesi soal jawab untuk memutuskan sama ada waran tangkap ini sah.

Menjelang petang yang sama, News1 melaporkan bahawa ketua hakim, Myung Jae Kwon telah membuat keputusan akhir mengenai kesahihan waran tangkap tersebut. Oleh yang demikian, waran tangkap ke atas Ahn Joon Young dan Kim Yong Bum dianggap sahih dan akhirnya mereka ditahan.

Hakim menyatakan, “Sebahagian besar dakwaan jenayah telah dijelaskan, menunjukkan ini adalah isu yang penting. Apabila saya mempertimbangkan peranan Ahn Joon Young dalam kes ini dan siasatan polis yang telah dijalankan sehingga sekarang, saya mengakui bahawa pemenjaraan itu perlu dan munasabah. “

Ketua penerbit Kim Yong Bum juga dipenjarakan atas alasan yang sama. Waran tangkap untuk pengarah “Kim” dan eksekutif agensi hiburan telah ditolak kerana mereka telah mengakui jenayah mereka atau polis telah mengumpulkan bukti yang cukup untuk jenayah mereka, dan memenjarakan mereka tidak akan diperlukan untuk siasatan.

Waran tangkap ini juga dikenali sebagai waran tahanan pretrial. Ia dikeluarkan semasa siasatan polis yang berterusan (iaitu, sebelum pendakwaan secara rasmi menuduh suspek dengan tuduhan jenayah) untuk memastikan bahawa suspek tidak cuba untuk memusnahkan bahan bukti, melarikan diri dari negara, atau isu-isu lain yang berpotensi.

Sumber : star.mt | news1

Cubaa hapuskan bahan bukti

Pada 5 November, “Berita Jam 8” SBS melaporkan bahawa pengarah dan penerbit Ahn Joon Young mendapat bantuan daripada sebuah agensi hiburan serta cuba memusnahkan bahan bukti berhubung kontroversi “Produce X 101”.

Ahn Joon Young adalah PD di bawah CJ ENM yang telah bekerja untuk menghasilkan beberapa program ‘survival’ di Mnet dari 2010 sehingga 2019. Dia juga merupakan PD yang menghasilkan siri sekuel “Produce 101” untuk empat musim termasuk yang terbaru “Produce X 101.”

Menurut laporan dari “8 O’Clock News,” Ahn Joon Young dilihat menerima bantuan di sebuah kelab hiburan dewasa yang didakwa dibayar oleh sebuah agensi hiburan. Selain itu, SBS melaporkan bahawa pihak polis telah memohon waran tangkap untuk Ahn Joon Young dan penerbit lain selepas PD Ahn cuba memusnahkan bahan bukti seperti mesej di telefon bimbit dan bahan berkaitan.

SBS juga berkata dalam laporan itu, “Ia telah disahkan bahawa Ahn Joon Young telah dilayan di sebuah pusat hiburan dewasa untuk berjuta-juta ringgit oleh wakil agensi hiburan. Pihak polis telah menyerbu pusat hiburan dewasa yang dipersoalkan awal bulan lalu untuk mendapatkan bukti yang relevan. Isu pelanggaran amanah akan difailkan. Walau bagaimanapun, ia tidak disahkan sama ada agensi berkenaan berkaitan dengan idol yang mendapat manfaat daripada manipulasi kedudukan tersebut. “

Sumber : sports.donga

Komentar

comments

loading...