/Kim Junsu (JYJ) diundi sebagai bintang ‘Raja Sumbangan’

Kim Junsu (JYJ) diundi sebagai bintang ‘Raja Sumbangan’

Netizens telah memiliah Kim Junsu (JYJ) sebagai bintang raja penyumbang dan sekaligus buat peminatnya berasa bangga.

Maklumat ini diperolehi berdasarkan satu tinjauan kaji selidik di laman portal komuniti D.C. Inside dan pembekal perkhidmatan dalam talian MySelux, Exciting Disney.

Undian telah dijalankan dari 27 Oktober hingga 2 November lepas dan keputusan menunjukkan Kim Junsu mendahului carta dengan memperolehi 64.2% undian, manakala penyanyi dan pelakon IU ditempat ke-2 serta Yoo Jae Suk ditempat ke-3.

Selain sumbangan dalam bentuk wang ringgit, Kim Junsu juga turut membuat beberapa sumbangan lain. Sumbangan seperti di bawah dilakukan sekitar 2010 hingga 2013.

Apabila dia menyedari bahawa peminat telah menyumbang di Cambodia atas namanya, dia telah membinakan sebuag sekolah untuk mereka dan turut menaja bayaran kepada cikgu-cikgu selama setahun.

Rumah yang dibina untuk pasangan tua yang kurang upaya selepas mereka kehilangan rumah akibat dijilat api.

Sebuah rumah untuk bapa tunggal yang membesarkan dua anaknya dalam rumah berusia 30 tahun dan berlumpur.

Sebuah rumah untuk kanak-kanak yang miskin

Sebuah rumah untuk satu keluarga yang kehilangan rumah akibat kebakaran

Sebuah rumah untuk seorang wanita berusia dan tidak mempunyai keluarga

Hotel bekas miliknya, Toscana, turut menyumbangkan sebahagian keuntungan darinya kepada mereka yang memerlukan. Dia juga turut menaja biasiswa untuk mereka yang berbakat dalam bidang muzik.

Baiknya hati Kim Junsu kan!

Selain itu, dalam perkembangan lain, Kim Junsu akan membuat penampilan pertamanya dalam tempoh 10 tahun untuk rancangan variety. Dia juga akan muncul dalam siri terbary MBC “House of Show dan Tell.”

Dia turut mengumumkan akan mengadakan konsert akhir tahun untuk kali pertama dalam tempoh tiga tahun. Konsertnya 2019 XIA Ballad&Musical Concert with Orchestra Vol.6 akan diadakanpada 28 dan 29 Disember di Dewan Coex D. Tiket akan mula dijual pada 14 November, jam  8 malam KST melalui Melon sahaja.

Sumber : theceluv

Komentar

comments

loading...