/Pelakon drama ‘Absolute Boyfriend’, Hong Jong Hyun akan ‘enlist’ awal Disember ini

Pelakon drama ‘Absolute Boyfriend’, Hong Jong Hyun akan ‘enlist’ awal Disember ini

Nampaknya, giliran pelakon Hong Jong Hyun pula akan menunaikan kewajipan untuk sertai khid tentera.

Pada 5 November, agensi pelakon tersebut, C-Jes Entertainment telah mengesahkan perkara ini kepada portal berita Sports DongA, “Ya, memang benar Hong Jong Hyun akan memasuki khidmat tentera pada 2 Disember ini. Jika kami memutuskan untuk mendedahkan lokasi kem latihannya, kami akan umumkannya kelak. 

Hong Jong Hyun mula debut sebagai seorNg model pada 2007 dan memulakan karier sebagai pelakon pada 2008 dengan membintangi filem “A Frozen Flower.” Antara drama baru lakonannya yang disiarkan dalam tahun ini adalah menerusi drama SBS “Absolute Boyfriend” dan KBS “Mother of Mine.” Selain itu, dia juga pernah membintangi drama MBC “The King In Love,” dan SBS “Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo.”

Kami ucapkan selamat maju jaya dan selamat berkhidmat kepada Hong Jong Hyun.

Sumber : sports.donga 

Komentar

comments

loading...