/‘Talk Show’ Lee Dong Wook yang pertama ini bakal tampilkan rakan Goblin, Gong Yoo dan juga Jang Do Yeon

‘Talk Show’ Lee Dong Wook yang pertama ini bakal tampilkan rakan Goblin, Gong Yoo dan juga Jang Do Yeon

Setelah menunjukkan komitmen yang sangat baik sebagai hos utama Mnet Produce X 101, pihak SBS telah memberikan kepercayaan penuh kepada Lee Dong Wook untuk mengendalikan rancangan ‘talk show’ (‘temu bual’) pertamanya yang akan memulakan siarannya menjelang bulan depan, ditetapkan pada 4 Disember 2019.

Lee Dong Wook akan membawa masuk Gong Yoo sebagai tetamu undangan manakala Jang Do Yeon pula bertindak sebagai panelis untuk rancangan temu bual diberikan nama sebagai ‘Lee Dong Wook Wants to Talk’. Lee Dong Wook pernah berlakon di samping Gong Yoo di dalam drama tvN Goblin di mana gandingan serasi dan lakonan mereka masing-masing telah meraih pengiktirafan Best Supporting Actor dan Best Actor di dalam 6th CARI Kdrama Awards. Jang Do Yeon pula akan membantu Lee Dong Wook untuk berinteraksi dengan Gong Yoo bagi mendalami sisi lain Gong Yoo yang orang mungkin belum kenal lagi di dalam rancangan temu bual itu kelak. Ketiga-tiga mereka akan menjalani penggambaran di pulau Jeju selama 14 hari. Pengumuman ini juga tak termasuk beberapa krew merangkap selebriti yang belum dinamakan lagi setakat ini untuk episod-episod lain yang akan datang.

Dalam perkembangan lain, Lee Dong Wook mengesahkan penglibatannya sebagai hos utama di laman instagram-nya sebentar tadi selain mengumumkan juga lokasi perjumpaan bersama peminat, ‘I’M WOOK’ sempena 20 tahun dirinya di dalam industri seni korea dengan berkolaborat bersama KakaoTalk.  Lee Dong Wook baru saja selesai membintangi drama tvN Strangers from Hell sebagai pembunuh psikopath.

Sumber: IS Plus , OSEN

Komentar

comments

loading...