/[Gempar] Jungkook BTS disiasat kerana menyebabkan kecelakaan jalan raya

[Gempar] Jungkook BTS disiasat kerana menyebabkan kecelakaan jalan raya

Jungkook BTS sedang disiasat kerana telah menyebabkan kecelakaan jalan raya.

Menurut laporan akhbar pada 4 November 2019, balai polis Yongsan sedang menyoal siasat Jungkook dan akan mendakwa beliau di atas kesalahan lalu-lintas, berkemungkinan kerana memandu laju dalam keadaan berbahaya.

Ketika kejadian yang berlaku baru-baru ini, Jungkook sedang memandu Mercedes-Benz miliknya di kawasan kejiranan Hannam, daerah Yongsan sebelum merempuh sebuah teksi. Walaubagaimanapun, mangsa dilaporkan terselamat dan kedua-duanya hanya mengalami kecederaan ringan dengan luka yang tercalar sedikit.

Tiada maklumat lain lagi diperolehi setakat ini dan Big Hit sedang dipanggil untuk mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.

Sumber: heraldcorp, penmike

Komentar

comments

loading...