/Jung Yong Hwa, dah tamat khidmat tentera dan akan kembali beraksi dengan sisi yang lebih matang

Jung Yong Hwa, dah tamat khidmat tentera dan akan kembali beraksi dengan sisi yang lebih matang

Yeay, Abang Long CNBLUE akhirnya kembali!

Pada 3 November, setelah menamatkan perkhidmatan tentera dengan jayanya, Jung Yong Hwa disambut oleh lebih kurang 1,000 peminat yang telah berkumpul di Wilayah Gangwon yang menantikan kepulangannya. Yong Hwa juga kemudiannya sempat menyapa mereka dengan ucapan yang ringkas.

Setelah menyertai tentera pada Mac 2018, ketua kumpulan serta vokalis CNBLUE ini menawarkan diri untuk berkhidmat di  pasukan khas dan menjalankan perkhidmatannya sebagai anggota Rejimen Serangan khas 702, yang juga dikenali sebagai “Unit Phoenix,” di Kor Kedua.

 

Jung Yong Hwa, yang menyatakan rasa gugup ketika bercakap di hadapan orang ramai buat pertama kalinya dalam tempoh hampir dua tahun, mengucapkan terima kasih kepada peminatnya atas sokongan mereka tanpa jemu.

“Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong dan memberikan semangat, kerana dengan itu saya dapat menamatkan khidmat tentera saya dengan baik,” kata penyanyi itu.

“Waktu saya di dalam tentera adalah satu peluang untuk saya memperbaiki serta muhasabah diri saya,” katanya. “Saya tidak sesekali membuang masa saya sepanjang perkhidmatan. Saya menggunakan masa yang berharga ini sebagai satu medium asas, saya akan menunjukkan kepada ada sisi lain saya yang lebih matang dan mengkagumkan pada masa yang akan datang. “

Jung Yong Hwa juga dilaporkan akan segera mengadakan siri pertemuan peminat (fan meeting) di Korea dan juga beberapa lokasi di luar negara. Dia juga dikhabarkan telah mendapat beberapa tawaran berlakon drama dan sedang menelitinya untuk kembali sebagai pelakon pada tahun hadapan.

Apapun, tahiah Jung Yong Hwa atas penamatan khidmat tentera ini. Pastinya peminat menantikan buah tangan dari Yong Hwa memandangkan dua lagi ahlinya masih lagi berkhidmat. Selamat kembali bertugas, Yong Hwa!

Sumber : xportsnews | Hankyung

kredit gambar seperti yang tertera

Komentar

comments

loading...