/ONE, kembali ubati kerinduan peminat dengan album baru bulan ini

ONE, kembali ubati kerinduan peminat dengan album baru bulan ini

ONE (atau nama sebenarnya Jung Je Won) akan kembali landasan pemuzik semula! ONE semakin mendapat perhatian ramai apabila membintangi drama tvN “Her Private Life” sebagai Cha Shi An disamping Kim Jae Wook Park Min Young dam Kim Bo Ra.

Pada 1 November, ONE menerusi Instagram nya telah mendedahkan buah tangan terbarunya. Dia telah memuatnaik gambar track list album terbarunya dengan kapsyen  “11.11 PRVT01 TRACKLIST. ” Para peminat juga sudah tidak sabar menantikan tarikh 11 November ini sempena tarikh album terbaru ONE akan dilancarkan.

View this post on Instagram

11.11 PRVT01 TRACKLIST

A post shared by 정제원 ONE (@onlyoneprivate) on

ONE mulandebut pada 2015 sebagai kumpulan duo 1Punch bersama Samuel. Setelah menyertai rancangan “Show Me the Money 4” dan menyertai agensi YG Entertainment.  Dia yang seorang rapper serta penulis lagu kemudian debut sebagai artis solo pada Julai 2017 dengan album single berjudul “One Day,” dan sejak itu peminatnya setia menantikan kemunculan semulanya. Namun, pada Julai lepas, ONE ambil keputusan  untuk meninggalkan YG Entertainment dan berhasrat untuk menubuhkan agensi sendiri serta kembali semula sebagai pemuzik.

Terdahulu, ONE telah membintangi sebuah filem romantik “Goodbye Summer” bersama Kim Bo Ra.

Kami menantikan album terbaru anda, ONE. Good luck!

Komentar

comments

loading...