/Starship tak tahu-menahu Wonho disiasat kerana hisap ganja, segera tamatkan terus kontraknya bermula hari ini

Starship tak tahu-menahu Wonho disiasat kerana hisap ganja, segera tamatkan terus kontraknya bermula hari ini

Susulan laporan Dispatch pagi tadi yang mendedahkan Wonho pernah menghisap dadah jenis ganja pada sekitar tahun 2013 dengan berpandukan sumber daripada Jung Da Eun dan seorang lagi saksi tak dinamakan, Starship Entertainment hari ini membuat keputusan untuk menamatkan kontrak Wonho serta-merta.

Jurucakap agensi itu berkata, “Kami telah capai penyelesaian berhubung beberapa peristiwa yang berlaku baru-baru ini. Kami tak boleh lagi mengekalkan Wonho. Maka, bermula hari ini (1 November 2019), kontrak Wonho dengan Starship Entertainment ditamatkan serta-merta.”

Dispatch melaporkan Wonho sedang disiasat oleh polis di atas dakwaan menyalahgunakan ganja dan polis sudah pun melakukan ujian dadah ke atas bulu atau rambutnya pada akhir September 2019 ketika Monsta X baru pulang dari Jerman. Ia berikutan daripada siasatan mereka terhadap kedua-dua orang yang tampil membuat aduan di mana Jung Da Eun ialah salah seorang daripadanya. Memetik laporan Dispatch lagi, Jung Da Eun, bekas kawan serumah Wonho, pernah diajak oleh Wonho untuk menghisap ganja bersama-sama di dalam rumahnya bersaksikan seorang lagi digelar sebagai ‘C’ , yakni bekas pengurus kelab Burning Sun dengan ganja tersebut dakwanya diperolehi oleh Wonho daripada seseorang. ‘C’ kini sedang menjalani hukuman penjara berhubung kes dadah Burning Sun. Dispatch turut bersemuka sendiri dengan ‘C’ dan mengesahkan pengakuannya selari dengan apa yang diceritakan oleh Jung Da Eun.

Berhubung siasatan polis di atas dakwaan Wonho menyalahgunakan ganja pada 2013 sebelum beliau ‘debut’ dengan Monsta X lagi, jurucakap agensi itu berkata, “Ya betul sebaik saja Wonho tiba di lapangan terbang ketika pulang dari Jerman, Wonho jalani ujian tertentu yang mana kami sangkakan ianya hanya sekadar pemeriksaan biasa dan tak dimaklumkan siasatan polis tersebut. Kami tak tahu pun polis sedang menyiasatnya berhubung kes yang berlaku pada tahun 2013 itu.”

Tambah agensi itu lagi, “Kami rasa bertanggungjawab untuk tidak lagi membuatkan peminat berasa bimbang dan akan dipanggil untuk disiasat. Sekali lagi, kami memohon maaf pada peminat Monbebe.”

Pengumuman Wonho untuk meninggalkan Monsta X pada 31 Oktober 2019 semalam telah menyebabkan ratusan ribu peminat Monbebe di seluruh dunia menandatangani petisyen di atas talian bagi mengekalkan Wonho di dalam Monsta X.

Sumber: newsen , dispatch

Komentar

comments

loading...