/Wonho titipkan pesanan terakhir buat Monbebe; Shownu Monsta X akui terkhilaf kerana terlanjur berhubungan dengan bini orang

Wonho titipkan pesanan terakhir buat Monbebe; Shownu Monsta X akui terkhilaf kerana terlanjur berhubungan dengan bini orang

Serentak dengan pengumuman Starship bahawa Wonho telah berundur daripada Monsta X serta-merta, Wonho menitipkan pesanan akhir buat Monbebe menerusi surat dimuatnaiknya di dalam laman instagram-nya beberapa jam yang lalu.

Foto dikreditkan kepada OSEN.

Ini Wonho.

Mulanya, saya mahu minta maaf kerana tak mengotakan janji untuk memberikan memori manis buat peminat sehingga menyebabkan mereka terluka. Saya minta maaf juga kerana telah membimbangkan mereka yang terkesan dengan isu peribadi saya.

Saya telah diberikan kasih sayang ketika aktif sebagai ahli MONSTA X. Dengan penuh ikhlas, terima kasih kerana memberikan kenangan manis. Buat ahli-ahli lain yang bekerja keras bersama saya, saya bersyukur kerana diberikan mereka sebagai rakan dan saya sayangkan mereka dengan sepenuh hati.

Ada masa tertentu saya tak begitu matang sampai terkhilaf, tetapi selepas menjadi pelatih dan ‘debut’, saya cuba berbuat baik untuk tidak memalukan diri-sendiri lagi.

Saya umumkan bahawa saya telah meninggalkan MONSTA X hari ini.

Saya minta maaf kepada ahli-ahli lain terkesan dengannya dan juga pada peminat kerana telah mengecewakan mereka. Saya capai keputusan ini setelah melihat orang lain hadapi kesukaran akibat daripada perbuatan saya.

Saya mahu tunduk dan minta maaf kepada peminat yang mempercayai saya selama ini.

Berilah kekuatan dan sokongan padu pada MONSTA X. Mereka tiada kaitan dengan isu peribadi saya. Saya rayu sokongan kalian buat MONSTA X.

Akhir sekali, terima kasih kepada staf, ahli-ahli dan peminat yang menggembirakan hati saya selama ini……

Sementara itu, Starship Entertainment  mengesahkan pendedahan yang dibuat oleh Han Seo Hee terhadap Shownu menerusi pengakuannya sendiri. Bagaimanapun, Shownu menjalinkan hubungan dengan wanita itu sebelum dia berkahwin lagi pada Ogos lalu dan tidak menyedari status perkahwinan wanita itu kerana tidak diberitahu olehnya. Sebaik saja suaminya datang sendiri ke agensi, Shownu terus menghentikan perhubungan dengan wanita tersebut serta-m-merta. Shownu turut memohon maaf kepada peminat yang terkesannya.

Berikutan permohonan maaf dibuat oleh Wonho dan Shownu, peminat Monbebe di seluruh dunia menaikan tanda pagar di twitter #원호탈퇴반대 #WonhoWeLoveYou #WONHO sebagai sokongan buat kedua-duanya.

Sumber: OSEN, enews24

Komentar

comments

loading...