/TXT tewaskan NUEST dalam perebutan jualan album terlaris di Korea minggu ini, menurut data Gaon & Hanteo

TXT tewaskan NUEST dalam perebutan jualan album terlaris di Korea minggu ini, menurut data Gaon & Hanteo

Tomorow X Tomorow atau dikenali sebagai TXT, kumpulan ‘rookie’ yang baru ditubuhkan pada awal tahun ini, telah berjaya meraih jualan album terlaris untuk minggu ini menerusi album penuh mereka yang pertama ‘The Dream Chapter: Magic’.

‘The Dream Chapter: Magic’ merupakan album kedua dikeluarkan oleh TXT selepas album EP, ‘The Dream Chapter: Star’. TXT tampaknya menyambung kejayaan album debut mereka yang telah menempatkan mereka sebagai kumpulan ‘rookie’ paling berjaya untuk tahun ini. Album ‘The Dream Chapter: Magic’ ini memuatkan 8 lagu termasuklah single ‘Run Away’ yang memperoleh lebih 10 juta tontonan setakat ini. Menurut Hanteo, jualan diraih oleh album ini adalah sekitar 124,252 unit, yakni paling tinggi sekali sekaligus melayakkan mereka menduduki di tangga teratas dalam carta album Gaon pada minggu ini. Kejayaan ini lebih manis buat TXT apabila menunjukkan peningkatan daripada 77,000 unit terjual dalm seminggu yang diraih oleh mereka untuk album debut.

Manakala pesaing mereka terdekat, NUEST pula sekadar selesa berada di tempat kedua dengan album EP kedua dilancarkan oleh mereka tahun ini, iaitu ‘The Table’ dengan single utama ‘Love Me’. Super Junior yang pernah berada di tangga teratas pada minggu lepas pula tersungkur di kedudukan no.8 dengan 270,558 unit terjual dalam seminggu.

TXT dianggotai oleh lima orang jejaka dari Korea: Yeonjun, Heuning Kai, Taehyun, Soobin, dan Beomgyu serta diuruskan oleh Big Hit Entertainment, yakni merupakan kumpulan kedua di bawah agensi itu selepas BTS.

Sementara itu, AKMU, duo beradik popular tetap mengekalkan penguasaan di tangga teratas carta digital Gaon buat empat berminggu berturut-turut menjadikannya lagu kpop paling popular di tangga teratas tahun ini sekaligus mengatasi pencapaian dibuat oleh Boy with Luv (BTS), Fire Up (Woody) dan So Long (Paul Kim).   .

Sumber: tenasia, gaon

Komentar

comments

loading...