/Tak cukup diseret kes berhutang, kali ini Wonho Monsta X dituduh pernah ‘dihumban’ ke dalam pusat serenti

Tak cukup diseret kes berhutang, kali ini Wonho Monsta X dituduh pernah ‘dihumban’ ke dalam pusat serenti

Serangan demi serangan dilontarkan oleh Jung Da Eun terhadap Wonho Monsta X tidak terhenti disitu saja.

Kali ini, beliau dituduh pula pernah dihumban masuk ke dalam pusat serenti Suwon. Dalam beberapa siri pendedahan di dalam twitter-nya sebentar tadi, Jung Da Eun mendakwa kemasukan Wonho ke dalam pusat serenti sekitar tahun 2008 itu barangkali disebabkan beliau pernah bersangkut-paut dengan kegiatan jenayah seawal usia remaja lagi. Setiap hantaran dibuat oleh Jung Da Eun berkenaan mendapat lebih ribuan ulang kicau.

Memandangkan tuduhan ini agak serius untuk diperkatakan, netizen menggesa Starship supaya segera bertindak mengambil tindakan undang-undang terhadap Jung Da Eun dan Han Seo Hee bagi mengelakkan ia terus menjadi barah. Starship hanya menafikan Wonho pernah berhutang semalam tapi belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan  balas terhadap dakwaan berterusan daripada Jung Da Eun.

Sumber: kookje news, enews24

Komentar

comments

loading...