/Menjelang episod-episod akhir, ratings KBS When the Camellia Blooms terus naik mendadak hampir cecah 17%

Menjelang episod-episod akhir, ratings KBS When the Camellia Blooms terus naik mendadak hampir cecah 17%

Drama KBS When the Camellia Blooms kian popular saban hari apabila ‘ratings’-nya naik mendadak daripada hanya sekadar meraih 6% dalam episod pertama sehingga mencecah 16.9% dalam episod ke-26 (bersamaan episod 13 dalam kiraan sejam) disiarkan semalam, menurut data Nielsen Korea.

Ia menjadikan KBS When the Camellia Blooms antara drama mingguan terbitan KBS paling popular tahun ini dan juga drama lakonan Gong Hyo Jin paling popular sejak SBS Master’s Sun yang pernah disiarkan pada tahun 2013. Untuk rekod, drama KBS The Producers lakonan Gong Hyo Jin hanya mencatat ‘ratings’ setinggi 17.9% pada episod terakhir drama itu dan peningkatan ‘ratings’ yang dikecapi KBS When the Camellia Blooms dalam episod-episod akan datang dijangka akan memintas terus pencapaian dibuat oleh KBS The Producers. Walaupun SBS It’s Okay It’s Love dan SBS Jealousy Incarnate tidak meraih ‘ratings’ setinggi drama-drama berkenaan, namun lakonannya sentiasa dihargai dan turut mencapat pencalonan Best Actress di dalam CARI Kdrama Awards.Gong Hyo Jin turut dipuji membawa lakonan yang sangat berkesan di dalam drama ini.

KBS When the Camellia Blooms yang diklasfikasikan sebagai drama romantik komedi dengan capaian yang suspens, berkisarkan tentang tiga orang lelaki; (1) seorang yang baik dengan budi pekerti mulia,(2) seorang yang selalu dianggap jahat oleh masyarakat tetapi sebenarnya ‘cool’ dan (3) seorang yang tiada pendirian tetap yang selalu ‘mengalah’ dalam hidupnya. Mereka saling dikaitkan dengan wanita ‘Camelia’ pada masa lalu. Gong Hyo Jin melakonkan watak diibaratkan bunga Camelia yang baru berputik, yakni seorang anak yatim piatu pada asalnya. Kehidupannya mula berubah apabila beliau diberi peluang untuk membuka kedai simpanan arak yang dioperasikan sebagai bar kecil ‘Camelia’ yang tidak menjadikan status ibu tunggal dengan kehadiran seorang anak lelaki sebagai penghalang.

Ia menjadi lebih menarik selepas ‘Camellia’ menjadi saksi dalam satu kejadian pembunuhan bersiri dan dia dilindungi oleh polis tampan, Hwang Yong Sik (Kang Ha Neul) sepanjang berada di dalam kejiranan tersebut. Bibit-bibit romantis antara mereka menjadi intipati drama bersiri ini. Buat peminat kdrama Malaysia, anda boleh tontoni drama ini di Netflix secara langsung sejam selepas waktu tayangan di Korea, setiap hari Rabu dan Khamis.

Sumber: IS Plus

Komentar

comments

loading...