/Drama Netflix “Love Alarm” akan kembali untuk musim ke-2

Drama Netflix “Love Alarm” akan kembali untuk musim ke-2

Yeay, “Love Alarm” akan kembali dengan musim ke-2.

“Love Alarm” adalah adaptasi drama dari webtoon yang terkenal dengan nama yang sama oleh Chun Gye Young. Drama ini berkisarkan tentang satu aplikasi mudah alih yang mampu menyampaikan pesanan bahawa ada seseorang yang berdekatan dalam lingkungan 10 meter ingin menghulurkan salam perkenalan. Ia menceritakan kisah mengenai bagaimana kita ingin mengetahui tentang perasaan sebenar seseorang dengan hanya menerusi penggunaan aplikasi yang kini menjadi medium pengantaraan kita.

Musim pertama fokus kepada kehidupan pelajar sekolah menengah, Kim Jo Jo yang dilakonkan oleh  Kim So Hyun dan bagaimana kehidupannya dipengaruhi oleh aplikasi tersebut apabila dua orang rakannya yang dimainkan oleh Song Kang (Hwang Sung O) dan Jung Ga-ram (Lee Hye Young) menyimpan perasaan terhadapnya. Ia juga akan mencetuskan konflik cinta tiga segi antara mereka.

Pada 30 Oktober, teraju utama drama tersebut telah mengumumkan berita gembira (musim ke-2 ‘Love Alarm’) dengan klip pendek yang dikongsikan menerusi akaun media sosial Netflix.

Mereka dipetik berkata menerusi klip itu, “Dengan kekuatan cinta anda yang hangat membara, ‘Love Alarm’ telah disahkan untuk sekuel yang kedua. Terima kasih, dan kami sayang anda. Jumpa lagi!”

Komentar

comments

loading...