/Drama “Mon Chou Chou Global House” lakonan sulung Lee Dae Hwi (AB6IX) bersama Kang Min Ah

Drama “Mon Chou Chou Global House” lakonan sulung Lee Dae Hwi (AB6IX) bersama Kang Min Ah

Drama pendek SBS  “Mon Chou Chou Global House” nampaknya telah meriliskan poster rasmi drama berkenaan.

Menjelang tayangannya tidak lama lagi, SBS telah memuat naik poster Lee Dae Hwi (AB6IX) dan Kang Min Ah serta poster yang menampilkan kesemua pelakon drama terbabit.

Ini merupakan percubaan sulung Lee Dae Hwi dalam bidang lakonan. Dia akan memegang watak sebagai Dong Jin Woo yang tinggal bersama lima lagi belia dari serata dunia disebuah rumah mewah di Seoul.

Drama dengan 12 episode ini mengetengahkan tema komedi romantik dan akan menceritakan mengenai persahabatan, kehidupan, kerjaya dan cinta. Lee Dae Hwi akan bergandingan dengan bintang drama “A-TEEN 2” iaitu Kang Min Ah, selain  Kim Si Eun, Jang Min, Christian Burgos, dan Daniel Hicks.

Menurut pengarah drama ini, PD Park Sun Jae, “’Mon Chou Chou Global House’ adalah sebuah drama yang tidak pernah dilihat di mana ia merupakan kombinasi belia daripada pelbagai latar belakang. Kami merancang untuk menjadikannya hebat dengan kombinasi Korea, Inggeris, dan juga Sepanyol

Tayangan perdana SBS Mobidic “Mon Chou Chou Global House” akan disiarkan pada minggu kedua bulan November menerusi applikasi telefon mudah alih Olleh TV dan kelak boleh juga ditonton menerusi pelbagai platform termasuk  SBS TV, Naver, serta YouTube.

Sumber : Naver

Komentar

comments

loading...