/Amboi, berselera sungguh Sarah Suhairi melantak cacing sudu & sotong kurita!..dah macam gadis Korea

Amboi, berselera sungguh Sarah Suhairi melantak cacing sudu & sotong kurita!..dah macam gadis Korea

Masih ingat tak Sarah Suhairi?

Penyanyi kelahiran Malaysia ini pernah mencetuskan fenomena pada tahun 2018 dengan persembahan ‘cover’ Ddu-Du Ddu-Du, lagu asal Blackpink dengan penuh bertenaga dan beryakinan sekali di atas pentas Big Stage sehingga melayakkannya menyandang gelaran juara musim pertama Big Stage. Musim kedua Big Stage pula dimenangi oleh Hanbyul.

Baru-baru ini, kedatangan Sarah Suhari ke Korea telah disambut oleh pengendali Youtubers yang sinonim dengan sekalian netizen Malaysia, iaitu Blimey. Sarah Suhari menyahut cabaran pasangan Youtubers itu untuk menjamah makanan laut tidak masak dan separa hidup yang agak popular di sekitar persisiran pantai Haeundae, Busan, Korea. Berbagai-bagai makanan laut dicubanya termasuklah cacing sudu, sotong kurita, udang karang laut dan ramen dengan rempah-ratus Halal. Menariknya, Sarah Suhairi yang baru kali pertama mencuba makanan tersebut, menunjukkan rasa terujanya tanpa rasa kekok langsung dan berinteraksi dengan baik sekali bersama pasangan Blimey di sebelahnya.

Sarah Suhari mengadakan siri lawatan ke Korea itu untuk menghadiri festival Jagalchi dan beliau telah pun membuat persembahan di hadapan ribuan pengunjung yang hadir ke situ. Perjalanannya di sana dirakam sepenuhnya oleh Blimey dan boleh didapati menerusi di laman Youtube Blimey yang disiarkan setiap hari Sabtu.

https://www.youtube.com/watch?v=V8JXu6EsO8I

Komentar

comments

loading...