/Netizen tak tahan sabar tunggu Kim Seok Jin BTS berlakon buat pertama kali dalam hidupnya

Netizen tak tahan sabar tunggu Kim Seok Jin BTS berlakon buat pertama kali dalam hidupnya

Penantian netizen ini bukan sesuatu yang perlu dipantang enteng apabila Kim Seok Jin dari kumpulan BTS telah mengungguli undian tentang siapakah idol yang akan bersinar jika diberi peluang untuk berlakon buat pertama kali berlakon.

Dalam satu kajian diadakan baru-baru ini dengan 20308 orang yang membuat undian, Kim Seok Jin telah meraih undian sangat besar sebanyak 12368 dengan 61% daripada jumlah undian. Peratusan tinggi dicapai oleh Kim Seok Jin barangkali disebabkan ketampanan wajahnya yang sering menjadi dambaan netizen Korea setiapkali mereka ditemubual secara rawak.  Kim Seok Jin disusuli dengan Park Woo Jin AB6IX yang berada di tempat kedua dengan undian sekitar 22% saja.

Dari kiri: Park Woo Jin, Yoon Ji Sung, Soobin dan Aron.

Manakala, Yoon Ji Sung, Soobin TXT dan Aron NUEST masing-masing meraih undian sebanyak 2824, 375 dan 166, hanya beberapa peratus saja dari keseluruhan undian.

Sumber: heraldpop, chosun ilbo

Komentar

comments

loading...