/10 pilihan drama Korea terbaru akan temani anda sepanjang November ini

10 pilihan drama Korea terbaru akan temani anda sepanjang November ini

Annyeong Yorobun, Chinguyaa,

November is coming dan tahun 2020 semakin menghampiri gais! Tak sangka dah sampai ke penghujung tahun 2019. Macam biasa, kami kongsikan beberapa drama Korea terbaru yang akan bersiaran sepanjang bulan ini. Lebih 80 buah drama Korea yang dah bersiaran sepanjang tahun ni, jadi berapa banyak yang korang dah tengok?

So, bulan November ni, boleh tahan mengancam drama-dramanya. Hero dan heroinnya memang menarik minat untuk ditonton. Ada 10 buah drama yang mungkin akan menjadi kegemaran korang untuk ditonton. Apapun, let’s check it out the list.

1. never twice (mbc)

“Never Twice” menceritakan tentang tetamu di Paradise Inn, yang terletak ditengah-tengah Seoul yang impikan untuk kembali bangkit dari kegagalan lalu.

Kwak Dong Yeon memegang watak Na Hae Joon, cucu kepada presiden hotel Goosung yang bertaraf 5 bintang dan  merupakan calon peneraju utama hotel tersebut. Karakternya digambarkan seorang yang penuh keegoan, dingin dan narsistik atau terlalu obses dengan diri sendiri sekaligus mengingatkan karakter Park Seo Joon dalam drama “What’s Wrong With Secretary Kim”. Kehidupannya mula berubah apabila bertemu dengan Geum Baek Ha.

Oh Ji Ho pula memegang peranan Gam Poong Gi, yang tinggal dibilik No.5 di Paradise Inn. Poong Gi digambarkan sebagai seorang yang mempunyai penampilan yang menarik, pandai berjenaka dan sentiasa kekal positif.

Ye Ji Won akan membawakan watak sebagai Bang Eun Ji penghuni bilik no.6. Eun Ji seorang wanita cantik dan kelihatan muda dari usia sebenarnya. Dia juga personaliti yang jujur dan baik hati.

Park Se Wan sebagai Geum Bak Ha, penghuni dibilik no.4 yang datang dari sebuah perkampungan kecil dipersisiran pantai dan seorang yang ceria. Geum Bak Ha secara kebetulan menemui Paradise Inn dan akhirnya turut menyertai tetamu lain yang dirasakan penuh semangat untuk kembali bangkit.

“Never Twice” ditulis oleh penulis skrip Goo Hyun Sook yang mana karyanya melepasi 30% rating tontonan untuk kesemua drama hujung minggunya termasuk  “100 Year Legacy,” “The Legendary Witch,” dan “Laurel Tree Tailors.” Manakala PD Choi Won Suk yang pernah mengarahkan “Make Your Wish” dan “Here Comes Mr. Oh” bertindak sebagai pengarah. Manakala team produksi “Never Twice” adalah Pan Entertainment, yang pernah menjadi orang kuat drama hit seperti  “Winter Sonata,” “The Moon Embracing the Sun,” “Doctors,” “Fight My Way,” dan “Degree of Love.”

“Never Twice” akan memulakan tayangannya pada 3 November ini, setiap Ahad jam 8.40 malam dirangkaian Astro saluran Oh!K Ch 394. Drama ini akan disiarkan dalam tempoh 24 jam selepas tayangannya di Korea. 

2. Elegant Mother and Daughter (KBS)

“Elegant Mother and Daughter” atau “Graceful Mother And Daughter” adalah sebuah drama bertemakan kekeluargaan, melodrama dan romantis. Ia berkisarkan tentang seorang wanita yang dipergunakan oleh ibunya sebagai alat/medium untuk membalas dendam dan akhirnya terperangkap dalam konflik percintaan.

Choi Myung Gil akan membawakan watak sebagai Carrie Jung, seorang wanita yang kehilangan suami dan anak sehingga menjadikannya seorang pendendam. Kehidupannya berubah dengan satu matlamat iaitu untuk membalas dendam terhadap seluruh keluarga musuhnya yang telah menyebabkan kematian ahli keluarganya .

Cha Ye Ryun pula memegang peranan sebagai Han Yoo Jin, wanita yang bijak dan cantik, tetapi telah jatuh cinta dengan seorang lelaki yang seharusnya dielakkan. Han Yoo Jin menjadi mangsa kekejaman, kebencian dan ketamakan atas ciptaan ibunya yang membesarkan dia untuk tujuan membalas dendam.

Drama ini hasil garapan sutradara Uh Soo Sun (Sunny Again Tomorrow) dan naskhahnya ditulis oleh Oh Sang Hee (Sisters-in-Law). “Elegant Mother and Daughter” atau “Graceful Mother And Daughter” akan mula bersiaran 4 November ini menerusi rangkaian KBS pada setiap Isnin hingga Jumaat.

3. Aide 2 / The President’s Aide Season 2 / chief of staff 2 – JTBC 11 Nov (Isnin-Selasa)

Musim pertama “Chief of Staff” mengisahkan Jang Tae Joon (Lee Jung Jae), seorang  penasihat politik yang paling teratas, Jung Tae Joon, lakonan Lee Jung Jae, yang sentiasa memburu untuk mendapatkan kuasa yang lebih besar dan berpengaruh. Musim pertama berakhir dimana Jang Tae Joon mengumumkan pencalonannya sebagai anggota dewan rakyat.

Baca juga : [Edited] 6 KDrama terbaru ini tidak akan biarkan anda kebosanan sepanjang Jun!

Musim kedua ini pula akan menceritakan perjalanan kehidupannya sebagai wakil rakyat. “Chief of Staff 2” akan bersiaran dirangkai JTBC mulai 11 November bagi menggantikan drama “Flower Crew: Joseon Marriage Agency” pada setiap Isnin dan Selasa.

4. wanna taste (SBS)

Drama yang akan tayang di SBS mulai 11 November ini diterajui oleh Seo Do Young, Shim Si Young, Seo Ha Joon dan  Im Chae Moo.

Kang Hae Jin yang dilakonkan oleh Shim Si Young seorang wanita yang meletakkan sepenuh kepercayaan dengan apa yang dia percaya. Dia mempunyai suami yang 6 tahun lebih muda darinya dan menghantar si suami mengikuti sekolah perundangan.

Kang Hae Jin juga turut menguruskan restoran milik ayah mertuanya yang hampir bangkrup. Namun berkat kegigihannya restoran itu dapat dipulihkan dan kembali beroperasi dengan jayanya.

5. Psychopath Diary (tvN)

“Psychopath Diary” mengisahkan seorang lelaki bernama Yook Dong Shik, yang secara kebetulan menyaksikan satu pembunuhan dan kehilangan ingatan selepas terlibat dalam kemalangan semasa melarikan diri dari tempat kejadian. Dia kembali bangun tanpa mengetahui identitinya yang sebenar dan salah anggap tentang dirinya sendiri sebagai pembunuh saat mendapati diari milik pembunuh sebenar berada ditangannya.

Yoon Shi Yoon memegang watak sebagai  Yook Dong Shik, yang bekerja di sebuah syarikat pasaran saham yang paling berpengaruhdi dunia.

Jung In Sun akan memainkan peranan sebagai Shim Bo Kyung, seorang pegawai peronda yang tinggal bersendirian. Dia yang mengikut jejak ayahnya menjadi seorang detektif yang dihormati akhirnya berjaya bergelar seorang anggota polis. Namun, setelah melihat ayahnya hilang segala-galanya hanya dengan satu kesilapan, Shim Bo Kyung melupakan impiannya. Secara kebetulan, Shim Bo Kyung terikat dengan Yook Dong Shik apabila dia melanggarnya dengan kereta dan menyebabkan Yook Dong Shik hilang ingatan. kehilangan ingatannya. Shim Bo Kyung merancang untuk menangkap pembunuh bersiri sebenar menggunakan kebolehannya.

Seo In Woo, si pembunuh sebenar, dilakonkan oleh Park Sung Hoon. Seo In Woo digambarkan satu karakter yang kejam dan seorang yang begitu teliti apabila tiba-tiba beliau bergelar pengarah di syarikat sahan di mana Yook Dong Shik bekerja. Beliau juga adalah seorang psikopat yang sentiasa dahagakan untuk penguasaan terhadap orang lain dengan membunuh mereka, tetapi mendapati dirinya dalam bahaya apabila buku hariannya jatuh ke tangan Yook Dong Shik.

tvN “Psychopath Diary” ditulis oleh Ryoo Yong Jae (Netflix “I Holo You”,tvN “Liar Game”) dan diarahkan oleh Lee Jong Jae (tvN “100 Days My Prince”, tvN “Revolutionary Love”). Drama ini akan mula bersiaran dirangkaian tvN Asia Ch 395 dan Unifi TV Ch 211 pada 21 November depan, jam. 10.45 malam bagi mengisi slot drama Khamis dan Jumaat.

6. Stove League (sbs)

SBS Hot Stove League berkisarkan tentang bagaimana seorang pengarah baru ditugaskan untuk memastikan kelab liga besbol kelolaan tersedia untuk bertanding di dalam beberapa musim akan datang.

Park Eun Bin akan memegang watak sebagai Lee Se Young, pengurus kelab sukan professional besbol, Dreams. Lee Se Young mengimpikan untuk menjadi antara mereka yang ke hadapan dalam memacu kelab besbol idamannya, dan beliau sering menyimpan bingkisan nota-nota sebagai khazanah yang mahu diselongkarnya apabila perlu. Lee Se Young satu-satunya pengurus perempuan dan termuda sekali dalam kalangan kelab liga besbol yang ternama. Beliau tidak berputus asa dalam memastikan kejayaan Dreams.

Manakala, Nam Goong Min pula akan membawakan watak pengarah kelab Dreams bernama Baek Seung Soo yang sering bercanggah pendapat dengan Lee Se Young dalam menentukan hala tuju kelab dan bagaimana mereka menghadapi situasi kritikal untuk menyelesaikan masalah pemain satu persatu.

Sojin (Girls Day) akan mengambil peranan Kim Young Chae, bekas pemain softball yang kini bertindak sebagai juruhebah bagi saluran sukan. Kim Young Chae, dengan kelebihan dan kepakarannya sebagai juruhebah, dia akan mempengaruhi pasukan besbol profesional yang dikenali sebagai Dreams yang sentiasa berada di tempat terakhir dalam liga.

“Stove League” akan ditayangkan mulai  22 November dirangkaian SBS bagi menggantikan drama “Vagabond” yang mengisi slot Jumaat dan Sabtu.

7. Crash Landing of Love / Love’s Emergency Landing (tvN)

‘Crash Landing of Love’ berkisarkan tentang anak hartawan terkemuka bernama Yoon Seo Ri yang dilambung angin sehingga terjunam ke sempadan Korea Utara akibat leka bermain payung terjun. Yoon Seo Ri diselamatkan oleh seorang lelaki yang tinggal di Korea Utara, iaitu Ri Jung Hyuk. Sepanjang berada di sana, Ri Jung Hyuk melindungi Yoon Seo Ri daripada sebarang ancaman askar dan pegawai kerajaan Korea Utara sehinggalah Yoon Seo Ri dapat pulang ke negaranya dengan selamat.

‘Crash Landing of Love’ ditulis sepenuhnya oleh Park Ji Eun (“SBS My Loves From The Star”,” SBS Legend of The Blue Sea”) manakala pengarah Lee Jung Hyo (“tvN Good Wife”, “OCN Life On Mars”, “tvN Romance Is a Bonus Book”) pula dipertanggungjawabkan untuk mengemudi drama ini.

Son Hye Jin  akan memegang watak anak hartawan terkemuka dan pemuzik yang bernama Yoon Seo Ri. Pada suatu hari, kemalangan terjadi apabila Yoon Seo Ri yang sedang leka bermain payung terjun tiba-tiba dilambung angin sehingga terjunam ke sempadan Korea Utara.  Yoon Seo Ri  diselamatkan oleh seorang lelaki yang tinggal di Korea Utara, iaitu Ri Jung Hyuk (lakonan Hyun Bin). Sepanjang berada di sana, Ri Jung Hyuk melindungi Yoon Seo Ri daripada sebarang ancaman askar dan pegawai kerajaan Korea Utara sehinggalah Yoon Seo Ri dapat pulang ke negaranya dengan selamat. Akhir sekali, Seo Ji Hye akan memainkan watak Seo Dan, seorang ahli muzik berketurunan sosialit yang membesar di Korea Utara dengan ibu dan bapanya masing-masing merupakan pemilik pusat beli-belah terkenal di Pyongyang dan pegawai tertinggi kerajaan.

Sementara itu, Kim Jung Hyun akan melakonkan watak seorang usahawan muda yang kaya-raya dan memiliki hobi menunggang kuda, Goo Jun Hee. Dia digambarkan sebagai seorang yang penuh misteri. Pada suatu hari, Goo Jun Hee hilang tanpa jejak dan kehilangannya itu akan berkait dengan pelbagai karakter.

“Crash Landing of Love” akan disiarkan menerusi rangkaian tvN mulai 23 November depan bagi mengisi slot drama hujung minggu.

8. 9.9 billion Woman (KBS)

“9.9 Billion Woman” adalah sebuah drama mengenai seorang wanita bernama Jung Seo Yeon yang secara kebetulan mendapat wang berjumlah 9.9 bilion won (kira-kira $ 8.3 juta) secara tunai dan seorang lelaki bernama Kang Tae Woo yang bertemu Jung Seo Yeon sambil merungkai kebenaran tentang kematian adiknya.

Jung Seo-yeon lakonan Jo Yeo Jeong, digambarkan seringkali terperangkao dalam kehidupan yang tiada harapan. Setelah bertahun menderita akibat keganasan ayahnya, dia akhirnya menemui tempat berlindung. Setelah itu Jung Seo Yeon berkahwin dan meninggalkan rumah untuk memulakan kehidupan baru bersama suamu. Namun kebahagian itu tidak bertahan lama dan kehidupannya bersama suami menjadi tegang. Ketika Seo Yeon merasakan tiada lagi harapannya, entah bagaimana menerima wang tunai sejumah 9.9 billion secara kebetulan dan mula melawan dunia untuk menjalani kehidupan yang dia mahu.

Kim Kang Woo pula memegang watak Kang Tae Woo atau digelar ‘lembu gila’ kerana sering bertindak melulu tanpa mengambilkira pandangan orang lain. Kang Tae Woo merupakan bekas detektif yang meninggalkan pekerjaan impiannya itu setelah dituduh menerima rasuah. Dia kemudian mengembara tanpa hala tuju selepas kematian adiknya. Pada saat Kang Tae Woo ingin merungkai punca kematian sebenar adiknya, dia bertemu dengan Jung Seo Yeon.

Turut membintangi drama ini adalah Jung Woong In, Lee Jae Hoon, Oh Na Ra dan Youngjae (B.A.P). “9.9 Billion Woman” akan diarahkan oleh PD Kim Young Jo, yang pernah mengarahkan  “Hwarang,” “Oh My Geum Bi,” dan “Jang Young Sil.” Manakala drama ini ditulis oleh penulis skrip Han Ji Hoon, yang pernah menghasilkan naskhah “Night Light,” “Temptation,” “Time Between Dog and Wolf,” dan “Dr. Jin.”

“9.9 Billion Woman” mula ditayangkan pada 27 November depan dirangkaian KBS bagi mengisi slot drama Rabu dan Khamis.

9. People With Flaws / Doctor People (MBC)

“People With Flaws” adalah sebuah drama komedi romantis yang mengisahkan tentang individu yang berusaha untuk tidak berprasangka terhadap mereka yang tidak memiliki kesempurnaan. Drama ini akan mempamerkan seorang wanita yang tidak menyukai lelaki kacak dan seorang lelaki yang begitu obses dengan penampilannya.

Oh Yeon Seo, memegang watak Joo Seo Yeon, seorang jurulatih trek sekolah tinggi dan mempunyai peribadi yang sangat merendah diri. Beliau percaya bahawa seorang lelaki yang tidak kacak adalah ‘boyfriend material’ dan sesuai dijadikan kekasih. Hal ini berikutan Joo Seo Yeon dibesarkan dengan dengan adik-beradik lelakinya yang tampan. Kali terakhir Oh Yeon Seo berlakon drama adalah menerusi “A Korean Odyssey”.

Ahn Jae Hyun pula akan memainkan watak Lee Kang Woo, seorang lelaki yang terlalu obses dengan penampilan fizikalnya selepas disingkirkan sebelum ini dek kerana penampilannya yang ‘hodoh’ atau tidak mencapai piawaian sempurna.  Dia sentiasa bertentangan pendapat dengan Joo Seo Yeon dan kedua-duanya dikhabarkan bersedia untuk mencipta keserasian yang menyeronokkan bersama-sama. Biarpun dilihat angkuh dengan penampilan sempurnanya, sebenarnya Lee Kang Woo dihantui trauma masa lalu yang tidak diketahui sesiapun.

“People With Flaws” akan diarahkan oleh PD Oh Jin-seok, yang pernah mengarahkan “My First First Love”, “My Sassy Girl”, dan “Yong-pal”. Drama ini akan ditayangkan di Astro Oh!K dalam  tempoh 24 jam selepas tayangan di Korea mulai 28 November, jam 7.50 malam bagi mengisi slot drama Khamis dan Jumaat.

10. CHOCOLATE (JTBC)

JTBC “Chocolate” berkisarkan tentang seorang pakar bedah saraf otak (‘brain neurosurgeon’) yang mengalami pengalaman menyedihkan pada masa silam bertemu dengan seorang tukang masak yang tak mudah mengalah apabila mereka saling ubat-mengubati keperitan dialami masing-masing untuk meneruskan hidup.

Yoon Kye Sang akan membawakan watak Lee Kang, seorang yang pernah mengimpikan untuk menjadi tukang masak di sebuah desa berpantai sebelum berhadapan dengan tragedi penuh menyayat hati di dalam hidupnya dan memilih untuk menjadi doktor bedah. “Saya kagumi hasil kerja Lee Hyung Min dan Lee Kyung Hee, dan sangat berterima kasih. Saya akan bekerja keras supaya cerita ini dapat disampaikan kepada penonton , ” kata Yoon Kye Sang mengesahkan penglibatannya di dalam drama tersebut.

Manakala, Ha Ji Won pula akan memegang watak Moon Cha Young, seorang tukang masak yang begitu hebat dan terkenal dengan kecantikannya sehingga pernah menyertai pertandingan memasak sedunia di Itali.  Moon Cha Young tidak mudah berputus asa dan akan menjadi berani demi menegakkan ketidakadilan. Moon Cha Young memutuskan untuk menjadi tukang masak setelah menikmati juadah yang disediakan oleh seorang budak lelaki yang tinggal di sebuah restoren berdekatan dengan desa berpantai.”Apabila kali pertama membaca skrip tersebut, saya berasa teruja untuk merasai keadaan seseorang yang cuba mengubati dirinya menerusi watak Moon Cha Young , ” kata Ha Ji Won yang sah kembali semula melakonkan watak yang bakal meruntun kalbu penonton seperti dilakukannya di dalam SBS Memories of Bali sebelum ini.

Lee Kyung Hee terkenal dengan penulisan drama yang berbentuk tragik serta penuh melodramatik seperti dinukilkannya di dalam KBS Sorry, I Love You (MISA) , KBS A Love To Kill, MBC Thank You, KBS Nice Guy dan KBS Uncontrollably Fond. jtbc Chocolate bakal diarahkan oleh Lee Hyung Min (“jtbc Strong Woman Do Bong Soon”,”KBS Miracle That We Met”). “Chocolate” akan mula ditayangkan pada 29 November depan bagi mengisi slot drama Jumaat dan Sabtu serta menggantikan drama “My Country.”

Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini untuk sebarang perubahan. Buat peminat Kdrama, selamat menonton ya!

Komentar

comments

loading...