/Karya seni Ha Jung Woo buat kemunculan istimewa dalam drama “Vagabond”

Karya seni Ha Jung Woo buat kemunculan istimewa dalam drama “Vagabond”

Kebiasaannya individu yang akan buat kemunculan dalam sesebuah drama. Namun ianya sedikit berbeza dan istimewa  kali ini buat Ha Jung Woo menerusi drama SBS “Vagabond”.

Ketika episode 11 drama “Vagabond” yang disiarkan pada 25 Oktober, karya seni hasil Ha Jung Woo telah dipamerkan dalam satu adengan yang melibatkan lelongan seni.

 

Dalam drama itu, lukisan tersebut digambarkan telah dicipta oleh artis Kim Sung Hoon, satu watak fiksyen. Walau bagaimanapun, penonton terkejut apabila mengetahui artis sebenar di belakang hasil seni itu tidak lain tidak bukan adalah  pelakon Ha Jung Woo. Pelakon itu membuat debutnya sebagai seorang artis pada tahun 2010 dan telah mengadakan pameran seni secara solo sejak itu. Dia dikatakan dipengaruhi oleh seni pop dan ekspresionisme Jerman, dan karya seninya telah mendapat pujian daripada pengkritik seni dan mereka yang mempunyai minat yang sama.

Hasil seni yang dipertontonkan dalam drama tersebut buat kali pertamanya dipamerkan disebuah galeri seni pada Julai 2018 dan dia telah menurunkan tandatangan  “2018 HAJUNGWOO” pada sudut bawah di mana itu membuatkan penonton menyedarinya. Ha Jung Woo dikatakan telah meminjamkan hasil seninya untuk drama tersebut atas permintaan penulis skrip, Jang Young Chul dan Jung Kyung Soon yang merupakan kenalannya.

Sumber dari drama tersebut menyatakan, “Ramai yang menonton adengan tersebut ingin tahu mengenai lukisan itu dan mereka yang pernah menghadiri pameran seni yang menampilkan karya itu dapat mengenalpasti dengan baik lukisan berkenaan. Kami ucapkan terima kasih kepada Ha Jung Woo kerana membenarkan kami mempamerkan karya seninya.”

“Vagabond” bersiaran setiap Jumaat dan Sabtu, jam 10 PM KST dan penonton boleh menikmatinya menerusi Netflix.

Sumber : Newsen | Slist

Komentar

comments

loading...