/OCN umum drama yang bakal tayang dirangkaian itu pada tahun hadapan

OCN umum drama yang bakal tayang dirangkaian itu pada tahun hadapan

OCN antara rangkaian pertama yang telah menyenaraikan drama yang akan mereka tayangkan pada tahun hadapan.

Pada 25 Oktober, satu sidang akhbar telah diadakan untuk OCN “Thriller House” di S-Factory di Seoul dengan Pengarah Operasi CJ ENM Media Contents Hwang Hye Jung dan Ketua Pemasaran Choi Kyung Joo.

Pada majlis itu, Choi Kyung Joo mengesahkan 11 drama terbaru yang akan disiarkan di OCN pada tahun 2020.

Antara drama yang mengisi senarai tersebut adalah

1.Further Investigation – Dibintangi oleh Cha Tae Hyun dan Lee Sun Bin serta akan diarahkan oleh PD Kang Hyo Jin

2. Posession – Projek drama PD Bang Eun Jin yang diadaptasi daripada webtoon karya Jung Yi Do

3. Call It Like You See It – Dibintangi oleh Jang Hyuk dan Sooyoung Girls’ Generation

4. Rugal – Drama adaptasi dari webtoon “Rugal” yang dibintangi oleh Choi Jin Hyuk dan Park Sun Woong

5. Missing – bertemakan misteri thriller berkisarkan masa

6. Train – berkisarkan tentang mengejar pembunuh bersiri di stesen keretapi yang tidak digunakan lagi

7. Fifth Column – Akan diarahkan oleh PD drama “Voice 2” Lee Seung Young

8. Island – drama eksorsisme fantasi Korea yang berdasarkan kisah rakyat dari Pulau Jeju.

9. Filem lakonan Ra Mi Ran dan Lee Sung Kyung, “Girls Cops” juga akan dibuat untuk versi drama, seterusnya akan ditayangkan di OCN

Apapun, nantikan senarai rasmi drama yang bakal ditayangkan di OCN pada 2020. Adakah drama pilihan anda turut tersenarai untuk tayangan tahun depan?

Sumber : mydaily

Komentar

comments

loading...