/Kwon Dami dan T.O.P BIGBANG kongsi kegembiraan penamatan khidmat tentera G-Dragon dimedia sosial

Kwon Dami dan T.O.P BIGBANG kongsi kegembiraan penamatan khidmat tentera G-Dragon dimedia sosial

Rata-rata sambut dengan penuh gembira akan kepulangan G-Dragon setelah menamatkan perkhidmatan tenteranya. Turut berkongsi kegembiraan itu adalah kakaknya Kwon Dami serta ahli kumpulannya BIGBANG, T.O.P.

G-Dragon telah berjaya menamatkan khidmat tentera pada awal pagi 26 Oktober dan turut menyapa para peminat yang setia menantinya. Dan bermula saat itu juga Kwon Dami dan T.O.P ambil kesempatan untuk menyatakan ucapan tahniah dan kegembiraan mereka terhadap G-Dragon.

T.O.P menerusi Instagramnya berkongsi tangkapan skrin mengenai perbualannya bersama G-Dragon. T.O.P menulis,“Tahniah sebab dah tamat khidmat tentera. Free G! Tahniah.” G-Dragon kemudian menjawab, “Terima kasih sebab jaga saya semasa saya dalam tentera,” dan menerima balasan emoticon hati daripada T.O.P. Ramai yang menjangkakan projek baru antara G-Dragon dan T.O.P. Harap-harap mereka akan menghasilkan sesuatu bagi mengubati kerinduan peminat.

Kwon Dami juga berkongsi foto bersama kesemua ahli keluarganya setelah G-Dragon tamat khidmat tentera. Tertera kapsyen bersama foto tersebut ditulis, “Selamat kembali, dan ini parti sambutan kepulangan kamu. Akhirnya, keluarga kami dah cukup korum semula. ” Turut kelihatan dalam foto tersebut adalah G-Dragon, Kwon Dami, ibu bapa mereka dan Kim Min Joon. Kim Min Joon merupakan suami Kwon Dami di mana mereka telahpun berkahwin awal bulan lalu.

Apapun, selamat beristirehat bersama keluarga buat seketika, G-Dragon!

Sumber : Naver | sportsseoul

Komentar

comments

loading...