/Luna f(x) titipkan mesej terakhir yang penuh emosi buat mendiang Sulli

Luna f(x) titipkan mesej terakhir yang penuh emosi buat mendiang Sulli

Luna f(x) telah berkongsi mesej terakhirnya untuk mendiang Sulli.

Pada 25 Oktober, Luna telah memuat naik sekeping gambar kumpulan f(x) dan turut menitipkan mesej yang penuh mendalam sebagai tanda memperingati Sulli yang telah pergi selamanya pada 14 Oktober lalu.

Mesej Luna kepada Sulli adalah seperti berikut;

“Rakan-rakanku yang disayangi, yang telah bersama-samaku selama 10 tahun ini dan yang paling diri ini hargai. Sulli kami yang cantik, saya baru sahaja berkesempatan untuk menulis mesej ini. Terima kasih pada awak Sulli, saya telah banyak ketawa dan menangis juga, kita juga seringkali gaduh-gaduh manja kan..? 

Saya minta maaf kerana tidak menjaga kamu dengan baik, menyayangi kamu dengan lebih lagi. Saya akan doakan Sulli cantik kami ini akan lebih bersinar di langit yang sentiasa cantik. Saya sangat sayangkan kamu, namun saya tidak mampu untuk menyusun kata bagi menggambarkan perasaan saya terhadap kamu. Sulli, kamu seorang anak yang baik, cantik dan adik yang matang. Saya sayang kamu Sulli, saya sangat sayangkan kamu.”

Victoria, Amber, Luna, Krystal dan Sulli telah debut bersama dalam f(x) pada 2009.

Pesanan : Jika anda memerlukan seseorang yang ingin berbual, jangan malu dan segan untuk memulakan tindakan serta mendapatkan bantuan. Semak SINI untuk mengetahui Hotlines yang boleh anda capai dan sekiranya perkhidmatan tersebut tidak terdapat di negara anda, sila hubungi talian kecemasan.

Komentar

comments

loading...