/An Yu Jin IZ*ONE ambil keputusan untuk berhenti sekolah

An Yu Jin IZ*ONE ambil keputusan untuk berhenti sekolah

An Yu Jin, salah seorang ahli kumpulan IZ*ONE bukan lagi bergelar pelajar di Sekolah Seni Persembahan Seoul.

Pada 25 Oktober, sumber dari Off The Record Entertainment memberitahu, “An Yu Jin, keluarga dan agensinya telah berbincang secara teliti mengenai situasi semasa dan masa depan An Yu Jin. Kami ambil keputusan untuk mengambil pendekatan untuk belajar sendiri, home schooling dan mengambil peperiksaan wajib untuk proses pengesahan tahap pendidikannya.”

Sumber tersebut menambah, “Kami menghormati permintaan An Ju Jin dan keluarganya dan kami akan lakukan yang terbaik bagi memenuhi hasratnya. Kami juga dengan sepenuh hati menyokong An Yu Jin.”

IZ*ONE kini aktif menjalani sesi promosi di Korea dan Jepun. Kumpulan ini berhasrat untuk buat kemunculan semula di Korea pada bulan hadapan.

Sumber : Newsen

Komentar

comments

loading...