/Seo Hyo Rim kini sah bercinta dengan anak pelakon veteran Kim Soo Mi

Seo Hyo Rim kini sah bercinta dengan anak pelakon veteran Kim Soo Mi

Rupanya pelakon Seo Hyo Rim kini sedang berbahagia menyulam cinta.

Pada 23 Oktober, sumber dari industri melaporkan Seo Hyo Rim sedang menjalani hubungan yang serius dengan anak lelaki kepada pelakon Kim Soo Mi. Dimaklumkan bahawa anak pelakon terbabit sembilan tahun lebih tua daripada Seo Hyo Rim dan merupakan seorang ahli perniagaan.

Kemudian, sumber dari agensi Seo Hyo Rim, Magique, memberitahu wartawan , “Benar, Seo Hyo Rim kini sedang bercinta dengan anak lelaki Kim Soo Mi. Mereka berdua telah lama berkenalan namun baru-baru ini mereka bersedia untuk mengembangkan lagi perhubungan mereka untuk menjadi pasangan kekasih dan mereka dilihat serius dalam menjalani perhubungan yang baru itu.”

Perkara ini mendapat perhatian ramai kerana Seo Hyo Rim dan Kim Soo Mi sebelum ini pernah bergandingan dalam sebuah drama MBC “Man Who Sets the Table” sebagai  anak dan ibu. Kedua mereka juga pernah buat kemunculan bersama dalam rancangan variety SBS Plus “Do You Eat?”

Media turut melaporkan Seo Hyo Rim dan kekasihnya merancang untuk berkahwin pada Januari 2020 namun agensi Seo Hyo Rim menafikan laporan tersebut.

Seo Hyo Rim telah debut pada tahun 2007 menerusi drama “When Spring Comes” dan pernah membintangi beberapa drama lain seperti  “Sungkyunkwan Scandal,” “That Winter, the Wind Blows,” “Endless Love,” dan “Dear Fair Lady Gong Shim.”

Apapun, tahniah diucapkan kepada Seo Hyo Rim dan kekasih hatinya!

Sumber : sports.mk | sports.chosun | News1

Komentar

comments

loading...