/Review – KMania turut serta nikmati kemeriahan Asia Song Festival 2019 di Ulsan, Korea Selatan

Review – KMania turut serta nikmati kemeriahan Asia Song Festival 2019 di Ulsan, Korea Selatan

Ulsan, 11-12 Oktober 2019 – Asia Song Festival (ASF) yang kini telah menginjak untuk tahun yang ke-15 sejak ianya  mula diadakan pada taahun 2004. Salah satu acara yang berprestij ini yang diadakan saban tahun selama 2 hari berturut-turut dianjurkan di bawah Yayasan Korea – Korea Foundation For International Culture Exchange (KOFICE) yang menampilkan artis-artis hebat di Asia.

ASF yang sering diadakan berselang-seli di antara Seoul dan kemudiannya selama 5 tahun berturut-turut di Busan setiap musim luruh sekitar September atau Oktober setiap tahun. Namun, untuk julung kalinya pada tahun 2019 mereka bertukar angin untuk mengadakan acara berprestij ini di daerah yang terkenal dengan perindustrian automobil Hyundai iaitu Ulsan, Korea Selatan. Asia Song Festival 2019 akhirnya diadakan pada 11 dan 12 Oktober bertempat di Kompleks Stadium Ulsan.  ASF yang dikelolakan oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan & Perlancongan telah mengumumkan pertukaran tapak konsert pada awal Jun 2019 bagi mempromosikan Ulsan bukan saja sebagai kilang perindustrian terbesar di dunia yang mengamalkan kawasan hijau malahan untuk memperkenalkan beberapa tempat menarik dan salah satunya yang utama adalah Taman Buluh (Bamboo Forest) terbesar di Taman Negara Taegwagang. Ulsan kini diumumkan sebagai tempat perlancongan yang bercirikan perindustrian kerana pelancong juga boleh melawat tapak perindustrian tersebut. (Penulis akan bercerita lanjut mengenai Ulsan pada artikel selanjutnya)

Untuk pengetahuan semua, beberapa aktiviti musik seperti ‘busking’ turut diadakan di sekitar Taman Negara Sungai Taehwa (Taehwa River National Garden) tersebut. Selain itu, satu seminar antarabangsa yang bertemakan Kpop sebagai pasaran muzik di persada dunia juga telah dijalankan pada 14 October 2019.

Pada tahun ini, KMania berkesempatan menyaksikan acara berprestij ini di bawah undangan Universal Music Malaysia. Perkara ini disebabkan artis di bawah naungan agensi terkenal tersebut iaitu Alvin Chong telah diberikan penghormatan untuk mewakili Malaysia beraksi di pentas Asia Song Festival 2019 bersama Jannine Weigel dari Thailand.

Ini merupakan kali ke-3 penampilan Malaysia dipentas ASF selepas Rynn Lim (2008) dan Micheal Wong (2010). (Nota : sedikit pembetulan – Asmidar yang dikatakan mewakili Malaysia pada tahun 2017 sebenarnya mewakili Malaysia untuk Tradsional Song Festival di Seoul dan bukanlah beraksi untuk ASF). Pada kali ini cuma 5 negara sahaja yang dipilih untuk  beraksi di ASF iaitu Malaysia, Thailand, Vietnam, Filipina dan untuk pertama kalinya, Australia.

Persembahan pada hari pertama dimulai oleh kumpulan APRIL dari Korea, diikuti dengan BRWN dari Philippines dan Im Dami. Im Dami dilahirkan di Korea dan dibesarkan di Australia. Beliau juga adalah rakyat Korea yang pertama memenangi X-Factor Australia pada tahun 2013. Vu Cat Tuong dari Vietnam pula sekali lagi berpeluang membuat persembahan dipentas ASF diikuti penyanyi popular Eric Nam yang tampil dengan 2 buah lagu. Usai persembahan Eric, kemunculan yang dinantikan oleh penulis sudah semestinya adalah Alvin Chong disusuli oleh gadis cantik manis kacukan Jerman dan Thai iaitu Jannine Weigel dan terakhir menutup tirai adalah yang paling dinantikan oleh peminat iaitu WINNER.

April

Alvin Chong dan Eric Nam

Untuk hari pertama konsert, JinSol dan ChaeKyung dari kumpulan APRIL bertindak sebagai pengacara majlis.

Bercerita pada hari pertama konsert, memandangkan ianya dikhaskan untuk negara Asia selain Korea Selatan beraksi, maka kapasiti dan kehadiran penonton adalah sedikit. Malangnya, tiada seorang pun peminat dari Malaysia kelihatan. KMania dimaklumkan sendiri oleh Alvin, sebenarnya ada peminat dari Malaysia yang ingin datang untuk memberikan sokongan namun disebabkan kekangan masa dan faktor kewangan, hajat mereka tidak menjadi kenyatan. Kami juga sempat merakam persembahan secara langsung Alvin menerusi Instgram untuk beberapa minit bagi memenuhi permintaan peminatnya di Malaysia. Disebabkan capaian internet yang terhad, kami hanya dapat merakamkan untuk seketika sahaja.

Pada hari kedua konsert, hanya 3 negara sahaja yang diberi peluang untuk tampil sekali lagi di atas pentas iaitu Jannine Weigel, BRWN dan Im Dami.

Hari kedua, perkarangan stadium terbuka Ulsan dipenuhi dengan ratusan peminat bagi menyaksikan artis-artis kegemaran mereka. Dikhabarkan kesemua tiket pada hari kedua ini habis dijual dalam masa 10 minit sahaja selepas ‘pre-booking‘ dibuka pada 19 September 2019. Berlainan dengan hari pertama, kedudukan tempat duduk peminat dikhaskan untuk setiap negara. Manakala dihari kedua, tempat duduk adalah secara terbuka. Malahan kawalan keselamatan juga sangat ketat sehingga KMania tersesat sehingga ke BackStage dan sempat juga kami bertentang mata dengan kumpulan ATEEZ yang kebetulan pada masa itu sedang bersantai mengisi perut disebabkan sedikit salah faham di antara krew konsert. Sepanjang berada di ASF, layanan untuk media adalah sama dengan layanan kepada peminat.

Ateez

Ha Sung Woon
AB6IX
Stray Kids
Kim Jae Hwan
Jeong Se Woon

Walaupun beberapa kali kami mendapat amaran tentang angin kencang bertiup pada malam hari, namun ianya tidak menghalang peminat untuk terus menyaksikan artis-artis kesayangan mereka. Hari kedua ASF, peminat dihiburkan oleh persembahan dari ATEEZ, AB6IX, DREAMCATCHER, N.Flying, ITZY, THE BOYZ, Stray Kids, ONF, SunMi, UV, Lovelyz’s Kei, Ha Sung Woon, Kim JaeHwan, Jang Woo Hyuk, Jeong Se Woon.

Pada hari kedua konsert, HyunJin (Stray Kids), YeJi (ITZY) dan Chani (SF9) bertindak sebagai pengacara majlis. HyunJin dan YeJi sering diperkatakan kerana wajah mereka yang seiras bagaikan kembar menjadi topik perbincangan ketika konsert tersebut.

HyunJin (Stray Kids) and YeJi (ITZY)
Chani (SF9)

Mengikuti dua hari perjalanan konsert ASF 2019 di Ulsan menjadi pengalaman bermakna buat penulis. Terima kasih buat Universal Muzik Malaysia di atas peluang yang diberikan kepada KMania dan kami berbangga apabila Alvin Chong membuat persembahan dipentas berprestij seperti ASF yang mewakili Malaysia. Tahniah Alvin Chong dan Universal Muzik Malaysia. Apapun, persembahan kesemua artis pada ASF 2019 memang hebat.

Untuk makluman lanjut mengenai ASF 2019 boleh follow KMania di FB (kmania.my), IG (kmania.my), Twitter (kmaniamy) dan Youtube (Kelab KMania).

Gambar dikreditkan seperti tertera.

Komentar

comments

loading...