/Pelakon veteran, Jung Won Joong terlibat dalam kemalangan dan mengakibatkan kematian

Pelakon veteran, Jung Won Joong terlibat dalam kemalangan dan mengakibatkan kematian

Pada 24 Oktober, portal media melaporkan pelakon veteran Jung Won Joong (60) telah terlibat dalam satu kemalangan kereta pada 22 Oktober lepas lebih kurang jam 7 petang KST.

Jung Won Joong dilaporkan membuat pusingan masuk ke sebuah pasaraya di Yangpyeong ketika melanggar sebuah motorsikal ketika berbuat demikian. Budak penghantar yang dikenali sebagai Lee (17), yang menunggang motorsikal sewaktu kejadian segera dikejarkan ke hospital Yangpyeong berikutan mengalami kecederaan parah. Bagaimanapun, ketika petugas hospital dalam persediaan untuk membawa Lee menggunakan helicopter kecemasan untuk rawatan lanjut, jantung Lee gagal berfungsi dan menyebabkan dia meninggal dunia.

Laporan polis menunjukkkan pelakon tersebut  bukan di bawah pengaruh alkohol semasa kejaduan dan berkemungkinan besar Jung Won Joong tidak melihat penunggang motorsikal itu ekoran keadaan sekitar yang gelap. Jung Won Joong juga dilaporkan mengaku bersalah dalam kejadian tersebut.

Sementera itu, Jung Won Joong kini sedang membintangi drama  KBS2 ‘Beautiful Love, Wonderful Life‘. Menurut sumber dari industri, Jung Won Joong telah memaklumkan untuk menarik diri kepada produksi drama berkenaan.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Sumber : star.mt | edaily

Komentar

comments

loading...