/Kemeriahan koloborasi Pizza Hut dan Universal Music Malaysia untuk Konsert ‘The Singing Pizza’

Kemeriahan koloborasi Pizza Hut dan Universal Music Malaysia untuk Konsert ‘The Singing Pizza’

Barisan artis yang membuat persembahan bergambar bersama penonton. Dari kiri: Fattah Amin, Fazura, Shalma Eliana, Alvin chong, Zen, ThomasJack dan BATE

Universal Music Group dan Pizza Hut Malaysia bergabung untuk menjayakan konsert The Singing Pizza kali ini di Auditorium Bentley Music, Petaling Jaya pada Sabtu lepas. Ketua Pizza Hut Malaysia, Loi Liang Tok memberitahu bahawa konsert kali ini membawakan pengalaman yang baru kepada peminat pizza dan muzik. Sementara itu, Kenny Ong, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia/Singapura/Indo-China juga memberitahu bahawa mereka sangat teruja untuk berkolaborasi bersama Pizza Hut Malaysia untuk konsert yang kreatif dan unik ini.

Bintang hip hop Aman Ra membuka konsert l muzik hip hop yang rancak dan juga lagu popularnya, Bangun.

Aman Ra mewakili artis hip hop Malaysia

Mandopop terkenal Zen menyanyikan dua buah lagu single nya dengan cara tersendiri. Zen juga bergabung suara dengan Thomasjack, duo mandopop popular untuk lagu ‘Mungkin Nanti’. Thomasjack yang berbakat ini juga menyampaikan single mereka. Kedua-dua artis ini juga popular dengan ‘cover’ mereka di laman youtube masing-masing, ThomasJack4U dan Zen

Shalma Eliana menyampaikan 2 buah lagu iaitu janji terindah dan lagu barunya ‘maukah kamu’ yang baru dilancarkan tidak sampai 24 jam dari semasa konsert berlangsung. Dedikasinya Shalma ini, kaki kanan beliau patah dua tiga bulan sebelum muzik video lagu ini dirakam, namun beliau tetap memberikan yang terbaik untuk persembahan malam ini dan juga muzik video lagu barunya.

Alvin Chong yang baru pulang dari Asia Song Festival di Korea minggu lepas juga menghiburkan tetamu dengan muziknya sekaligus menyampaikan hadiah kepada 2 pemenang bertuah untuk menonton konsert Shawn Mendes secara langsung bersama-sama Alvin di Sydney, Australia.

Alvin Chong menunjukkan aksinya ketika malam konsert eksklusif baru-baru ini

 

Alvin Chong (kanan) dan Timbalan Pengurus Besar Pemasaran Pizza Hut, Emily Chong (kiri) bersama replika pas penerbangan untuk diserahkan kepada pemenang bertuah yang akan menonton konsert Shawn Mendes Live In Sydney

Pasangan selebriti pilihan Malaysia iaitu Fattah Amin dan Fazura juga menyampaikan lagu masing-masing dan juga lagu duet mereka.

Pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura membuai penonton dengan lagu duet mereka, “Paling Sempurna”

Barisan artis memberikan gaya terbaik di atas pentas kepada penonton. Dari kiri BATE, ThomasJack, Zen, Shalma Eliana, Alvin Chong, Fazura dan Fattah Amin.

Tahniah kepada para pemenang dan juga Pizza Hut Malaysia dan Universal Music Malaysia untuk kejayaan konsert kali ini. Ingat Pizza Hut, ingat The Singing Pizza. Ikuti @PizzaHutMalaysia dan @UniversalMusicMY di FB dan @pizzahutmalaysia dan @universalmusicmalaysia di IG. 

Gambar-gambar dikreditkan kepada Pizza Hut Malaysia

Komentar

comments

loading...