/“Vagabond” dan episode akhir “Three Meals A Day” berjaya curi tumpuan penonton

“Vagabond” dan episode akhir “Three Meals A Day” berjaya curi tumpuan penonton


JTBC “My Country,” di mana mula bersiaran sejurus selepas “Vagabond”, merekodkan purata tontonan sebanyak 4.2%, manakala  tvN “Pegasus Market” melihatkan sedikit peningkatan sebanyak 0.1% tontonan dan menjadikan drama itu mencatat purata tontonan kepada 2.9%.

Rancangan berbentuk variety popular tvN “Three Meals a Day: Mountain Village” musim terbaru telahpun menyiarkan episode terakhirnya pada malam tadi, 18 Oktober yang menyaksikan pelakon Park Seo Joon sebagai tetamunya. Episode terakhir yang disiarkan merekodkan purata tontonan sebanyak 5.3% sekaligus menunjukkan sedikit penurunan berbanding episode minggu lepas yang mencatatkan 6.9%.

JTBC “Begin Again 3,” yang berkongsi slot siaran dengan rancangan tvN, mengekalkan purata tontonan sebanyak 4.8%, manakala program variety popular MBC “I Live Alone” merekodkan purata tontonan sebanyak 7.7% dan 9.2% untuk siaran Jumaat malam.

Jangan lupa untuk tonton episode terbaru “Vagabond” (Netflix) dan “My Country” (JTBC) yang akan disiarkan pada malam ini dirangkaian masing-masing.

Sumber : OSEN | Naver

Komentar

comments

loading...