/Lee Hyun Woo selesai jalani khidmat negara

Lee Hyun Woo selesai jalani khidmat negara

 

Lee Hyun Woo mengumumkan bahawa beliau sudah pun selesai menjalani khidmat negara selama 20 bulan. Beliau menyertai Barisan Batalion Pertama di Paju, Gyeonggido.

Dipetik daripada laman instagram-nya, Lee Hyun Woo menulis, “Terima kasih kerana di atas sokongan semua, saya berjaya habiskan tempoh berkhidmat dengan baik sekali. Terima kasih pada peminat yang datang dari jauh sejak awal pagi lagi. Saya pelajari dan melihat banyak perkara sepanjang berkhidmat. Saya akan tunjukkan taulan yang terbaik buat kalian.”

Lee Hyun Woo disahkan akan membintangi filem muzikal, ‘Hero’. Beliau yang menceburi industri lakonan sejak kecil lagi, pernah membintangi beberapa drama popular seperti SBS Spring Day, MBC Queen Seondeok, KBS Master of Study dan SBS To The Beautiful You (bersama mendiang Sulli).  Kali terakhir beliau berlakon dalam drama adalah menerusi tvN Liar and The Lovers bersama Park Soo Young (Joy Red Velvet).

Sumber: IS Plus

Komentar

comments

loading...