/Ost terbaru jtbc Flower Crew Joseon daripada Ha Sungwoon telah keluar sekarang

Ost terbaru jtbc Flower Crew Joseon daripada Ha Sungwoon telah keluar sekarang

Penyanyi Ha Sungwoon, salah seorang anggota kumpulan HotShot dan bekas ahli WannaOne ini, telah mengeluarkan Ost terbaru untuk drama JTBC ‘Flower Crew : Joseon Marriage Agency’ yang bertajuk “Because of you“.

OST “Because of you” yang didendangkan oleh Ha Sungwoon ini telah keluar pada 15 Oktober 2019 yang lalu pada pukul 6.00 petang KST. OST ini juga merupakan lagu tema untuk Kim Min Jae di dalam drama terbabit dimana dia harus menyembunyikan serta menyimpan perasaan cintanya kepada Gong Seung Yeon. Vokal daripada Ha Sungwoon telah menambahkan lagi ‘mood’ sedih dan nilai romantis terhadap adegan tersebut.

Drama ‘Flower Crew: Joseon Marriage Agency’ mengisahkan tentang ejen pencari jodoh terbaik di era joseon dan mereka telah diupah oleh raja untuk mencari cinta pertamanya. Drama ini telah berjaya menarik ramai penonton di setiap episod dengan jalan cerita yang lucu.

Dengarkan lagu OST terbaru daripada Ha Sungwoon “Because of you” dengan memuatturunnya daripada isaacwest.

Sumber :warner music Malaysia, tenindonesia, Allkpop

Komentar

comments

loading...