/Gandingan BTS bersama Lauv, hasilkan Make it right versi ‘remix’

Gandingan BTS bersama Lauv, hasilkan Make it right versi ‘remix’

BTS dilaporkan bakal bekerjasama dengan artis amerika syarikat Lauv untuk lagu “Make it Right” versi remix. Lagu yang telah keluar pada April tahun ini merupakan salah satu lagu yang terdapat di dalam album BTS’s ‘Map of the Soul: Persona‘ dan juga pernah masuk kedalam carta “Hot 100” Billboard pada kedudukan 95.

Dalam pada itu, penyanyi popular Ed Sheeran yang terlibat di dalam pembikinan lagu ini, turut bersama sama dengan anggota kumpulan BTS bagi memastikan perancangan ini tercapai. Penyanyi Lauv juga telah berkongsi gambar bersama anggota BTS di twitternya dengan tajuk “Did I finally #makeitright?”dan mengukuhkan lagi bukti bahawa mereka akan berkolaborasi bersama.

Lagu Make it Right versi remix ini dijangka keluar pada hari ini, 18 Oktober 2019.

Sumber : Allkpop

TAGS:

Komentar

comments

loading...