/Ateez tewaskan AB6IX raih jualan album terlaris di Korea minggu ini, menurut data Gaon & Hanteo

Ateez tewaskan AB6IX raih jualan album terlaris di Korea minggu ini, menurut data Gaon & Hanteo

Ateez, kumpulan ‘rookie’ yang baru ditubuhkan sekitar Oktober 2018, berjaya meraih jualan album terlaris untuk minggu ini menerusi album ‘Treasure EP.Fin: All to Action’ .

Treasure EP.Fin: All to Action’ yang merupakan album penuh pertama Ateez setelah mengeluarkan tiga album EP sebelum ini, memuatkan 11 lagu termasuklah single ‘Wonderland’ yang memperoleh lebih 14 juta tontonan setakat ini. Menurut Hanteo, jualan diraih oleh album ini adalah sekitar 55,000 unit, yakni paling tinggi sekali sekaligus melayakkan mereka menduduki di tangga teratas dalam carta album Gaon pada minggu ini. Manakala pesaing mereka terdekat, AB6IX pula sekadar selesa berada di tempat kedua dengan album EP kedua dilancarkan oleh mereka tahun ini. Chen EXO dan Seventeen yang pernah berada di tangga teratas sebelum ini pula tersungkur di kedudukan no.9 dan no.11.

Kejayaan manis ini adalah pertama buat Ateez berikutan album-album EP mereka ini, Treasure EP.1: All to ZeroTreasure EP.2: Zero to One dan Treasure EP.3: One to All masing-masing berjaya mendaki secara perlahan-lahan di no.7, no.6 dan no.2 di dalam carta album Gaon dengan jumlah kutipan album yang meningkat secara mendadak saban hari.

Ateez dianggotai oleh lapan orang jejaka dari Korea: Hongjoong, Seonghwa, Yunho, Yeosang, San, Mingi, Wooyoung, dan Jongho dan diuruskan oleh KQ Entertainment. Kemunculan mereka di dalam ‘showcase’ baru-baru ini menerima kritikan positif daripada penonton yang rata-ratanya terhibur dengan kreativiti persembahan selain prop yang digunakan.

Sementara itu, AKMU, duo beradik popular pula masih kekal di tangga teratas carta digital Gaon mengatasi OST jtbc Melo Suits Me dendangan Jang beom June yang pernah meraih no.1 pada dua minggu lepas selain Paul Kim dengan single terbarunya, ‘Empty’ masing-masing di kedudukan no.2 dan no.3 pada minggu ini.

Sumber: slist , gaon

TAGS:

Komentar

comments

loading...