/Dikecam bertalu-talu kerana berdiam diri, rupanya Krystal Jung tengah sibuk uruskan jenazah Sulli

Dikecam bertalu-talu kerana berdiam diri, rupanya Krystal Jung tengah sibuk uruskan jenazah Sulli

Krystal Jung dikatakan telah pun berada di majlis pengkebumian Sulli sejak beberapa jam selepas berita kematian Sulli dilaporkan media. Beliau dikatakan sanggup berulang-alik dari rumahnya ke majlis pengebumian tersebut selama tiga hari berturut-turut untuk membantu keluarga Sulli menguruskan jenazah dan menyediakan majlis memorial buat keluarga dan rakan terdekat selepas pengebumian selesai.

Memetik laporan daripada Insider dan Hankyung, “Sebaik saja terdengar berita kematian Sulli, Krystal kesedihan sangat sehingga dia tak mahu tinggalkan ruang pengebumian Sulli selama tiga hari berturut-turut. Dia berada di sana sepanjang hari. Komentar netizen sekarang agak melampau.” Laporan Insider itu merujuk kepada sebilangan netizen yang mempertikaikan tindakan Krystal Jung yang belum lagi membuat sebarang kenyataan tentang kematian Sulli. Bukan saja Krystal Jung, malah Victoria Song juga menerima kecaman daripada netizen China kerana lambat berbuat demikian. Hanya Amber Liu saja tidak dimarahi kerana sempat mengemaskini laman instastory-nya sebelum menaiki penerbangan ke Korea dari Amerika Syarikat kelmarin. Kesemua bekas ahli f(x) termasuklah Luna sekali hadir ke majlis pengebumian tersebut.

Sehubungan dengan itu, netizen yang bersimpati atas kecaman yang tak sepatutnya diterima oleh mereka, memohon jasa baik pengecam-pengecam berkenaan supaya sentiasa bersangka baik dan beri masa kepada mereka untuk berkabung tanpa rasa bersalah.

Pesanan : Jika anda memerlukan seseorang yang ingin berbual, jangan malu dan segan untuk memulakan tindakan serta mendapatkan bantuan. Semak SINI untuk mengetahui Hotlines yang boleh anda capai dan sekiranya perkhidmatan tersebut tidak terdapat di negara anda, sila hubungi talian kecemasan.

Sumber: top star news, hankyung

Komentar

comments

loading...