/Victoria Song ratapi kematian Sulli sampai terlupa tertinggal bagasi ketika bergegas balik ke Korea, menurut laporan media China

Victoria Song ratapi kematian Sulli sampai terlupa tertinggal bagasi ketika bergegas balik ke Korea, menurut laporan media China

Victoria Song, atau nama sebenarnya Song Qian dilaporkan tersentak sangat sehingga menangis di set penggambaran apabila dikhabarkan berita tentang bekas rakan sekumpulannya dalam f(x), Sulli meninggal dunia.

Menurut laporan Sina Entertainment, Victoria Song yang meratapi kematian Sulli terus menghentikan segera penggambaran drama di Shanghai lalu bergegas ke Beijing untuk menyelesaikan permohonan visanya. Namun, kejadian tak disangka-sangka berlaku sehingga beliau terlupa telah tertinggal bagasi dalam perjalanan menaiki penerbangan ke Korea berdasarkan kata-kata saksi daripada kalangan pramugari. Beliau akhirnya sempat menaiki penerbangan ke Korea dan telah pun selamat tiba pada tengah malam semalam.

Ketika hangat lagi tentang berita kematian Sulli kelmarin, bilangan pengikut akaun weibo Victoria Song bertambah secara mendadak dalam masa yang singkat dan sebilangan netizen dilihat telah memaki hamun penyanyi dan juga pelakon itu kerana hanya berdiam diri saja tanpa membuat sebarang kenyataan. Ia mungkin tindakbalas tidak berakal oleh sebilangan netizen tersebut setelah mereka menyaksikan Amber Liu, rakan sekumpulan yang sama juga, membuat kenyataan ringkas beberapa jam selepas kematian Sulli dilaporkan di media.

Sulli, Krystal Jung, Amber Liu, Victoria Song dan Luna masih berkawan baik dan kerapkali berjumpa sesama sendiri walaupun kumpulan f(x) telah pun terbubar sejak  sebulan yang lepas. Sulli mengambil pendekatan untuk keluar dari f(x) lebih awal sekitar tahun 2014 berikutan beberapa isu masalah peribadi yang tak dapat diselesaikan pada masa itu.

Sumber:  qq news, sina entertainment , spottvnews

Komentar

comments

loading...