/Peminat Malaysia berkumpul sempena raikan ulang tahun ke-10 HIGHLIGHT

Peminat Malaysia berkumpul sempena raikan ulang tahun ke-10 HIGHLIGHT

Pada Sabtu lepas, bersamaan 12 Oktober, kelab peminat Highlight di Malaysia atau dikenali sebagai MYHiLight telah mengadakan majlis ‘gathering’ sempena ulang tahun ke 10 kumpulan Highlight. Highlight atau sebelumnya dikenali sebagai B2ST mula debut pada 16 Oktober 2009. Manakala kelab peminat B2ST pula dikenali sebagai B2UTY. Highlight 10th Anniversary Gathering telah diadakan di KTO (Korea Tourism Organisation) , KL.

Highlight dianggotai oleh Yoon Doo Joon, Yang Yo Seob, Lee Gikwang dan Son Dong Woon setelah Yong Jun Hyung mengumumkan meninggalkan kumpulan tersebut pada pertengah tahun 2019. Bagaimanapun, peminat tetap meraikan keenam-enam ahli asal B2ST termasuk Jang Hyun Seung. Kesemua mereka kini sedang menjalani khidmat ketenteraan.

Aktiviti ‘gathering’ ini sudah agak lama tidak diadakan oleh mereka dek kerana komitmen masing-masing. Oleh itu, acara ini bertujuan untuk mengumpulkan kesemua peminat-peminat Highlight terutamanya otai-otai bagi mengeratkan kembali silaturrahim serta berkongsi gelak tawa bersama. Penulis pun senang sekali bersama mereka semua. Memang ngam habis dan otai-otai pun memang sporting. Kalau tidak kerana otai-otai ini, belum tentu majlis ini berjalan dengan jayanya.

Penulis tiba agak lewat di tempat lokasi kerana terikat dengan tugasan awal, jadi penulis sampai setelah tayangan video berakhir. (Segmen ni paling penulis nantikan sebenarnya) Bagaimanapun, tidak sangka Highlight masih ada peminatnya sendiri kerana ramai juga yang hadir ke acara tersebut. Bukan setakat Melayu sahaja, bahkan ada juga peminat yang berketurunan Cina turut sama menyertai acara ini.

Pelbagai barangan Highlight dan B2ST milik penganjur dipamerkan seperti light stick, figure doll, standing banner dan gambar-gambar Polaroid setiap ahli dalam berbagai ekspressi. Peminat yang hadir juga berpeluang mendapatkan beberapa freebies yang disediakan seperti cup sleeves dan gambar-gambar Polaroid setiap ahli mengikut kesukaan masing-masing. Benar, kali ini ramai MYHiLight bermurah hati memberikan gambar-gambar Polaroid dan juga cup sleeves. Salah seorang otai MYHiLight juga telah menyumbangkan sebiji kek (homemade) yang cantik dan dihiasi dengan fondant toppers berupa ahli-ahli Highlight.

Sepanjang acara berlangsung, lagu-lagu B2ST dan Highlight diperdengarkan serta muzik video mereka turut dipertontonkan sekaligus menggamit kenangan-kenangan lama. Kesemua peminat turut ikut menyanyikan lagu-lagu tersebut terutamanya lagu lama. Peminat juga mengambil kesempatan untuk bergambar dengan standing banner ahli-ahli Highlight. Peminat yang hadir juga boleh mengirimkan kata-kata ucapan atau surat kepada kumpulan Highlight. Surat-surat ini akan dikumpul oleh MYHiLight sebelum dikirimkan kepada pihak berkaitan di Korea dan seterusnya akan memberikan surat peminat ini kepada Highlight sendiri.

Acara yang paling dinantikan ramai adalah cabutan bertuah terutamanya untuk hadiah utama berupa light stick Highlight. Rasanya kesemua yang masih berada dilokasi tersebut dapat bahagian masing-masing termasuk penulis. Kemudian, acara bergambar beramai-ramai jadi tumpuan kerana masing-masing ingin mengabadikan kenangan sempena Highlight 10th Anniversary Gathering. Kami juga turut merekodkan video pendek bagi mengucapkan selamat ulangtahun ke-10 buat Highlight. Penutup majlis, kami akhirkan dengan acara memotong kek yang sedap itu.

Pemenang utama cabutan bertuah

Keseluruhannya, majlis ini berjalan dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga buat pengurusan MYHiLight yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Sekalung tahniah juga buat peminat yang masih kekal menyokong kumpulan Highlight. Penulis mengharapkan agar aktiviti seumpama ini dihidupkan kembali seperti dahulu kala. Apapun, korang semua memang sporting!

Diacara yang berlainan anjuran MYLi5HTbertempat di The Loaf, Nu Sentral juga turut meraikan ulangtahun ke-10 Highlight. Ramai peminat yang hadir di KTO awalnya turut menyerbu The Loaf.

Apapun jua, kami di KMania ingin mengucapkan “Happy 10th Anniversary to Highlight. Please stay together forever and keep on creating good memories with Lights. AND please, comeback again to Malaysia!” Buat peminat Highlight, jom support our Malaysians Highlight fanbase tru Facebook, IG dan Twitter. We wish all the best to Highlight , MYHiLight and also MYLi5HT.

Komentar

comments

loading...