/Terkejut dengan berita kematian Sulli, ini reaksi Amber Liu, Super Junior, Super M dan lain-lain

Terkejut dengan berita kematian Sulli, ini reaksi Amber Liu, Super Junior, Super M dan lain-lain

Amber Liu, bekas rakan sekumpulan Sulli di dalam f(x), mengeluarkan kenyataan di laman instagram story-nya dan twitter-nya merujuk kepada berita kematian Sulli baru-baru ini.

Penyanyi berusia 27 tahun itu menulis, “Disebabkan kejadian baru-baru ini, saya akan menangguhkan sebarang aktiviti harian. Minta maaf semua. Terima kasih atas perhatian anda”.

Amber Liu, Krystal Jung, Victoria Song dan Sulli masih dilihat keluar bersama-sama walaupun mereka tidak lagi beraksi dalam kumpulan yang sama. Kehilangan Sulli tampaknya sangat memberikan kesan buat Amber Liu memandangkan mereka debut bersama sejak tahun 2009 lagi.

Sementara itu, Super Junior turut melakukan hal yang sama dengan membatalkan sesi Vlive ,’Super Junior Comeback Live – Super Clap’. Heechul dan Sulli dilihat berkawan rapat sehingga datangnya gosip mereka pernah bercinta sebelum ini.  Manakala, penggambaran ‘Super M: The Beginning’ oleh Super M juga dibatalkan serta-merta dan ditangguhkan pada hari lain. Kesemua penyanyi kpop ini bernaung di dalam agensi yang sama, SM Entertainment.

Kim Yoo Jung, NUEST, SF9 dan NCT Dream turut bertindak membatalkan aktiviti harian mereka hari ini demi memberikan penghormatan pada Sulli.

Sumber: cookie news ,allkpop

Komentar

comments

loading...