/Semakin mendunia, album ‘Super M’ paling laris di Amerika Syarikat minggu lepas, sekaligus capai no.1 carta Billboard 200

Semakin mendunia, album ‘Super M’ paling laris di Amerika Syarikat minggu lepas, sekaligus capai no.1 carta Billboard 200

Usaha Super M mengadakan jelajah promosi di serata Amerika Syarikat baru-baru ini telah membuahkan hasil apabila secara rasminya, mereka telah diangkat sebagai kumpulan kpop kedua selepas BTS yang berjaya meraih no.1 dalam carta Billboard 200 dengan jualan album terlaris di Amerika Syarikat pada minggu lepas sejak ia dilancarkan buat pertama kali.

Kejayaan ini lebih manis lagi memandangkan Super M baru saja menghidangkan album sulung pertama mereka, ‘Super M’ buat tatapan penggemar muzik kpop di Amerika Syarikat walaupun ahli-ahlinya dianggotai daripada kumpulan-kumpulan kpop sedia ada di Korea yakni, EXO, NCT dan Shinee. Album ‘Super M’ berjaya mencatat jualan sebanyak 168,000 ribu unit menurut Billboard. EXO, SHinee mahupun NCT belum pernah membolosi dalam kedudukan 100 terbawah carta album Billboard 200 dan biasanya kumpulan kpop-kpop ini hanya akan mendominasi carta Billboard World Album saja sebaliknya. Ia sudah pastinya kejayaan besar buat Super M, mahupun agensi SM Entertainment yang sanggup mengambil risiko menghasilkan Super M daripada cetusan mereka sendiri.

Carta Billboard Hot 100 pula akan dipamerkan mulai esok, dan berkemungkinan lagu debut ‘Jopping’ juga akan tersenarai.

Sumber: Billboard News

Komentar

comments

loading...