/Berita kematian Sulli adalah paling tragik sejak kehilangan Jonghyun Shinee dari industri kpop pada tahun 2017

Berita kematian Sulli adalah paling tragik sejak kehilangan Jonghyun Shinee dari industri kpop pada tahun 2017

Penyanyi dan juga pelakon kelahiran Korea, Sulli atau nama sebenarnya Choi Jin-ri iaitu bekas ahli f(x) telah ditemui meninggal dunia keseorangan di dalam rumahnya dengan punca kematian dikenalpasti sebagai membunuh diri. Ia menjadikan berita kematian Sulli adalah paling tragik di dalam dunia hiburan kpop sejak liputan meluas tentang kematian Jonghyun Shinee pada tahun 2017.

Semasa hayat dikandung badan, Sulli seringkali menjadi mangsa kecaman netizen kerana perkara-perkara kecil yang tak mendatangkan persetujuan daripada mereka, contohnya perbuatannya tidak memakai sarung dalam sehingga dengan kadang-kadang secara tak sengaja mendedahkan bahagian payu daranya,  selain pernah dikecam kerana gambar berfoya-foya bersama teman lelaki. Sulli dilihat lebih memedamkan perasaannya walaupun kadang-kadang beliau ada menyuarakan kejadian buli siber di laman sosialnya. Menjelang hari-hari kematiannya, fizikal Sulli yang tampak semakin mengurusdaripada kebiasaan dan beliau juga pernah memuatnaik video di laman instagram sebelum dipadamkan kemudiannya, mengaku sedang menderitai sakit panik dan ketakutan sosial sejak kecil lagi.

“Sehinggakan orang yang dekat dengan diriku telah meninggalkan aku. Aku sedih sangat kerana tiada sesapa dapat memahamiku, sehingga membuatkanku jatuh tak terbangun,” katanya seperti dipetik daripada video penampilannya di dalam program realiti tv Jinri Store yang menjelaskan serba-serbi sebab kematian berpunca daripada kemurungan dialaminya selama ini.

Sulli yang baru berusia 25 tahun, bergiat aktif sebagai pelakon dan juga penyanyi, antaranya dikenali kerana watak lakonan utamanya di dalam drama bersiri adaptasi Jepun ‘Hana Kimi’ berjudul ‘To The Beautiful You’.  Kali terakhir beliau tampil di dalam dunia lakonannya adalah menerusi drama tvN Hotel del Luna, membawa watak sebagai cucu perempuan kepada klien hotel yang mengunjungi ‘Hotel del Luna’. Sejak keluar daripada f(x) , Sulli telah mengeluarkan album solo berjudul ‘Goblin’ buat tatapan peminatnya.

Pesanan : Jika anda memerlukan seseorang yang ingin berbual, jangan malu dan segan untuk memulakan tindakan serta mendapatkan bantuan. Semak SINI untuk mengetahui Hotlines yang boleh anda capai dan sekiranya perkhidmatan tersebut tidak terdapat di negara anda, sila hubungi talian kecemasan.

Sumber: sporthq , korea times , sport today

Komentar

comments

loading...