/[Lintas langsung] Asian Song Festival 2019 bakal dimeriahkan ITZY, Stray Kids dan lain-lain lagi untuk hari ke-2

[Lintas langsung] Asian Song Festival 2019 bakal dimeriahkan ITZY, Stray Kids dan lain-lain lagi untuk hari ke-2

Setelah Alvin Chong dan Winner beraksi di hari pertama konsert Asian Song Festival 2019, hari ini penonton bakal dihiburkan oleh ITZY, Stray Kids, Ha Sung Woon, Kim Jae Hwan, AB6ix, Jang Woohyuk, dan Seonmi pula bermula jam 6.00 petang waktu tempatan.

Asian Song Festival yang dianjurkan oleh Kementerian Budaya, Sukan dan Perlancongan Korea sejak tahun 2004 ini merupakan projek negara dalam mempromosikan pertukaran budaya di antara negera-negara serantau Asia dan memperkenalkan budaya Kpop di serata dunia. Artis Malaysia yang turut serta untuk konsert tahun ini ialah Alvin Chong.

Kmania di bawah sokongan Universal Music Malaysia akan membawa liputan secara langsung untuk hari kedua konsert ini pada hari ini. Jangan lupa ‘subscribe’ Youtube Kelab Kmaniamy, dan laman sosial media instagram : Kmania.my.

Sumber:yonhapnews

Komentar

comments

loading...