/Jung Hae In, Chae So Bin, Lee Ha Naa & Kim Sung Kyu sah sertai drama sci-fi gek komputer, tvN Half of a Half

Jung Hae In, Chae So Bin, Lee Ha Naa & Kim Sung Kyu sah sertai drama sci-fi gek komputer, tvN Half of a Half

Keempat-sempat pelakon Jung Hae In, Lee Ha Naa, Chae So Bin dan Kim Sung Kyu sudah pun menyatakan persetujuan mereka untuk membintangi drama tvN Half of a Half pada Mac 2020 depan.

“Half of a Half” adalah sebuah drama romantis cinta antara pereka program genius (artificial intelligence (AI) programmer) dan jurutera audio (classical recording engineer/audio engineer). Drama ini mengisahkan kisah cinta dari perspektif seorang lelaki yang percaya bahawa walaupun hanya terdapat ruang kecil buat dirinya dalam hati mereka yang penting baginya, itu sudah cukup dan memadai.

Jung Hae In (“SBS When You Were Sleeping”,”jtbc Something In The Rain”,”MBC Spring Night”) akan membawakan watak Ha Won, seorang programmer AI  yang merupakan pengasas dan ‘mastermind’ bagi sebuah portal yang dinamakan M&H. Walaupun Ha Won agak tegas dalam kerjanya, namun dia seorang yang baik hati dan sentiasa berfikiran rasional dalam tindak-tanduknya sehinggakan dia tidak pernah dilihat menjadi pemarah.

Watak Han Seo Woo, seorang jurutera audio atau jurutera audio rakaman klassik pula bakal dipegang oleh Chae Soo Bin (“MBC I am Not A Robot”,”SBS Where Stars Land”). Han Seo Woo merupakan seorang yang berfikiran optimistik biarpun kehidupannya tidaklah se stabil mana kerana dia tidak mempunyai keluarga mahupun rumah kediaman. Dia seringkali menyelesaikan soalan berkaitan matematik ketika berdepan masalah sebagai satu inisiatif untuknya bertenang.

Lee Ha Naa yang terkenal sebagai pelakon tetap drama bersiri OCN Voice sebelum ini, akan memegang watak pekebun bernama Moon Soon Ho yang suka menanam pepohon debunga tapi obses kepada berat badan. Setiap kali berat badannya bertambah, Moon Soon Ho pasti berasa tak senang hati. Manakala, Kim Sung Kyu pula sebagai Kang In Wook, seorang pemain piano yang sering berhadapan dengan ketakutan diri sehingga dia sukar untuk menyerlahkan bakat terpendamnya. Bagaimana kedua-duanya berhubung kait dengan Ha Won juga sesuatu yang menarik untuk dikenalpastikan.

“Half of Half” adalah sebuah projek produksi Studio Dragon. Naskhahnya dihasilkan oleh penulis Lee Sook Yeon yang pernah menghasilkan skrip bagi drama “One Fine Spring Day” dan “On the Way to the Airport,”. PD Lee Sang Yeop pula akan memberikan sentuhan arahannya untuk drama ini yang sebelumnya pernah mengarahkan drama tvN “Familiar Wife.”

Sumber: IS Plus , Kmania

Komentar

comments

loading...