/Jimin BTS ucap terima kasih di atas lagu hari jadi berbahasa Arab; Taehyung BTS hampir terima bunga bertatahkan emas dari peminat Arab

Jimin BTS ucap terima kasih di atas lagu hari jadi berbahasa Arab; Taehyung BTS hampir terima bunga bertatahkan emas dari peminat Arab

Konsert sulung BTS dalam siri jelajah ‘Love Yourself: Speak Yourself’ mereka di Stadium King Fahd, Riyadh, Arab Saudi berjalan dengan lancar dan sempurna tanpa sebarang kejadian diingini.

Dalam mengakhirkan konsert mereka, setiap ahli BTS menyampaikan ucapan penghargaan terhadap peminat-peminat Armys Arab di atas kesungguhan mereka untuk memastikan BTS dapat diterbangkan ke sana bagi menemui mereka.

Jungkook berkata, “Andalah penyebab kami sanggup terbang ke sini,” dan disambung dengan Taehyung sambil berkata,” Banyak sungguh peminat di sini. Tak sangka boleh penuh stadium. Saya rasa sungguh terharu. Kami pasti akan datang balik nanti.”

Suga menambah, “Ini kali pertama kami beraksi di Arab Saudi. Tak sangka kalian bertenaga sungguh,” dan disambut oleh Kim Seok Jin lalu berkata, “Saya sukakan kalian. Kami betul terasa terhibur. Saya sayangkan ARMY.”

“Disebabkan andalah, kami dapat sokongan begini. Kami akan bekerja lagi kuat untuk bagi balik kasih sayang itu,” kata Jimin pula dan disambung dengan J Hope lalu berkata, “Kami gembira sangat dapat tengok kalian buat pertama kali. Terima kasih.” Kim Nam Joon mengakhirinya dengan berkata, “Kami tak tahu pun boleh buat persembahan di sini. Terima kasih ajak kami datang.”

Kemudian, ahli-ahli BTS dengan sokongan peminat Armys Arab mengejutkan Jimin dengan sambutan harijadinya dengan dinyanyikan dalam bahasa Arab tanpa disedarinya. Sebelum itu juga, segelintir peminat Armys Arab dilihat mempamerkan jambangan bunga berwarna kuning diselangi dengan sinaran lampu neon sewaktu Jimin menyampaikan lagu solonya, Serendipity.

Jimin yang terharu dengan sambutan hari jadi tersebut berkata, “Kerana asyik teringatkan kalian, sampai saya terlupa hari ini hari jadi saya. Terima kasih atas ucapan tersebut. Hari yang baik dapat meluangkan hari jadi bersama kawan-kawan BTS.”

Konsert berakhir dengan masing-masing beredar meninggalkan pentas. Apa yang menjadikannya kenangan manis buat BTS apabila dimaklumkan seorang peminat hampir-hampir mahu menyerahkan sekuntum bunga bertatahkan emas kepada Taehyung ketika mereka baru saja tiba di lapangan terbang Riyadh. Namun, perancangan itu tidak kesampaian. Lebih menarik lagi, kedatangan mereka juga disambut dengan percikan bunga api dan sinaran lampu ungu dipasangkan di hampir kesemua bangunan di Riyadh.

Sumber: mk stars , soompi, twitter

Komentar

comments

loading...