/Kang Daniel dedah logo rasmi dirinya dan kelab peminat, DANITY

Kang Daniel dedah logo rasmi dirinya dan kelab peminat, DANITY

Setelah bergerak solo di bawah agensinya sendiri dan memiliki kelab peminat, Kang Daniel akhirnya dedahkan logo rasmi bagi dirinya serta kelab peminat yang dinamakan DANITY.

Pada 11 Oktober, menerusi laman rasmi agensinya Konnect Entertainment, Kang Daniel memuat naik gambar logo berkaitan.

Logo Kang Daniel menampilkan huruf “K” dan “D”. Manakala logo kelab peminatnya DANITY menampilkan huruf “D” dengan design yang sama dan tertera perkataan “DANITY” di dalamnya. Logo ini mewakili DANITY yang sentiasa berada dalam hati Kang Daniel.

Selain itu, Kang Daniel akan turut menyertai barisan artis untuk muncul dan membuat persembahan di 2019 Asia Artists Award yang akan diadakan di Vietnam pada 26 November ini.

Sumber : Konnectent

photo credit as stated for CK’s event

Komentar

comments

loading...