/BTS dilaporkan berhenti kejap dengar bang (azan) demi memberi laluan pada waktu solat ketika di Arab Saudi

BTS dilaporkan berhenti kejap dengar bang (azan) demi memberi laluan pada waktu solat ketika di Arab Saudi

BTS dilaporkan telah menghentikan sekejap latihan konsert mereka sebaik saja terdengar azan berkumandang di corong masjid, semata-mata kerana mahu menghormati waktu sembahyang orang Islam, menurut saksi-saksi dalam kalangan netizen yang menunggu di luar stadium.

Azan yang lazimnya berkumandang selama tiga hingga lima minit, ialah panggilan yang diseru kepada umat Islam untuk segera menunaikan sembahyang. Penghormatan oleh BTS itu tidaklah menghairankan disebabkan mereka juga pernah dlihat sebelum ini mengenakan batas pergaulan dengan peminat-peminatnya yang rata-rata memakai hijab.

BTS akan membuat persembahan julung-julung kalinya di tanah Arab Saudi bertempat di stadium antarabangsa King Fadh pada 11 Oktober 2019. Walaupun berhadapan dengan kritikan umat Islam kerana lokasi konsert yang berdekatan dengan kota suci Mekah, BTS tetap meneruskan konsert jelajahnya di sana lantas menunaikan impian peminat mereka di negara teluk Arab itu yang tertangguh sejak 2015.

Komentar

comments

loading...