/Chen EXO tumpaskan Seventeen untuk kuasai carta album Gaon minggu ini; AKMU pula raih single terlaris

Chen EXO tumpaskan Seventeen untuk kuasai carta album Gaon minggu ini; AKMU pula raih single terlaris

Chen EXO berjaya melakar sejarah tersendiri apabila menguasai carta album Gaon pada minggu ini pada kedudukan pertama, sekaligus menafikan peluang Seventeen untuk terus kekal berada di tangga teratas sejak minggu lepas. Dalam carta Gaon minggu lepas, Seventeen berjaya mencipta rekod sebagai kumpulan kpop ke-3 berjaya meraih jualan album tertinggi dalam seminggu, hanya di belakang EXO dan BTS.

Ia juga merupakan pencapaian terbaik Chen EXO selaku bergelar artis solo selepas album pertama-nya, April and The Flower sebelum ini hanya sekadar berada di kedudukan no.2 carta tersebut dengan jumlah album yang terjual sebanyak 200k unit. Album solo kedua Chen EXO ini pula yang diberikan judul sebagai ‘Dear My Dear’,  mengandungi enam runut lagu termasuklah ‘Shall We?’ berentak retro R&B yang dijadikan sebagai single utama.

Sementara itu, kumpulan duet adik-beradik popular, AKMU pula berjaya mencatat kedudukan sangat baik di tempat pertama di dalam carta digital Gaon minggu ini dengan penangan single pertama mereka daripada album ketiga, ‘How Can I Love the Heartbreak, You’re the One I Love’, pertama kali sejak tahun 2016. Kali terakhir mereka menduduki tangga pertama di dalam carta Gaon tersebut adalah menerusi single ‘Re-Bye’ yang dilancarkan pada tahun 2016.

Sumber: enews , Gaon Charts

Komentar

comments

loading...