/BTS jejak kaki ke tanah Arab Saudi buat pertama kali; tunai impian peminat Arab yang tertangguh sejak 2015

BTS jejak kaki ke tanah Arab Saudi buat pertama kali; tunai impian peminat Arab yang tertangguh sejak 2015

BTS, kumpulan kpop paling popular di seluruh dunia, telah pun berangkat untuk menuju ke lapangan terbang Riyadh, Arab Saudi. Mereka dijangka membuat persembahan julung-julung kalinya di tanah Arab tersebut bertempat di Stadium Antarabangsa King Fahd di Riyadh pada esok hari, 11 Oktober 2019.

Keputusan diambil untuk mengadakan konsert jelajah di Arab Saudi mengundang kritikan ramai umat Islam kerana Arab Saudi amat sinonim dengan kawalan ketatnya dalam pelaksanaan undang-undang Islam, selain sebagai tempat lahirnya umat Islam pertama dan juga tempat umat Islam menunaikan haji setiap tahun. Hal ini kerana, sejak putera mahkota baru memegang tampuk kedua pemerintahan negara tersebut, pemerintahan berciri-cirikan konservatif yang diwarisi sejak zaman-berzaman mula dilonggarkan untuk memberi kekebasan kepada rakyatnya untuk berhibur.

Gambar dikreditkan pada media Korea.

BTS sebelum ini pernah dipuji di atas respon positif mereka terhadap peminat Armys dalam kalangan pemakai tudung (hijab) menerusi satu bual bicara diadakan lebih kurang empat tahun lepas. Janji mereka menjejakkan kaki ke tanah Arab untuk mengadakan konsert bakal direalisasikan, sekaligus menunaikan impian peminat Arab-nya yang tertangguh selama ini.

Komentar

comments

loading...