/Dapat jolokan ‘Kim Tae Hee Korea’, pelakon Muslim kelahiran Uzbekistan ini, Guzal Tursunova tetap tampil anggun di persada Korea

Dapat jolokan ‘Kim Tae Hee Korea’, pelakon Muslim kelahiran Uzbekistan ini, Guzal Tursunova tetap tampil anggun di persada Korea

Baru-baru ini, Guzal Tursunova mengemaskini laman instagram-nya dan mendapat perhatian media Korea.

Menurut portal Newsen, wajah terkini pelakon yang menimba rezeki di Korea tersebut mendapat jolokan ‘Kim Tae Hee Korea’ kerana memiliki mata bundar, hidung yang besar serta kulitnya yang bersinar bak madu asli.

Sebelum ini, pelakon Muslim berketurunan Uzbekistan itu, menimbulkan rasa kurang senang hati dalam kalangan umat Islam kerana mengaku secara terang-terang di dalam rancangan realiti tv KBS ‘Happy Together’ bahawa dia suka makan babi panggang dan meminta ibubapanya yang tinggal di sana untuk turut menjamah daging lembu panggang bersamanya jika mereka tak lalu makan.

Guzal Tursunova pernah membintangi drama SBS Rooftop Prince pada tahun 2012 sebagai Becky, rakan kepada Han Ji Min. Antara filem lakonannya termasuklah Marriage of the Sword dan Marriage Blue.

Sumber: heraldpop, newsen , hankyung , edaily

Komentar

comments

loading...